Tuesday, May 3, 2011

Masjid Jadi Sarkas

Sedih, terharu, sebak, masjid dilanyak...

JAMAL LULKHIR JALUDIN
Pasir Salak

SEDIH, terharu, sebak dan bermacam-macam perasaan apabila melihat paparan di kaca TV, media cetak dan juga cerita daripada seorang sahabat yang melihat sendiri mengenai insiden yang berlaku di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, Jumaat lalu oleh pengikut tegar lagi taksub Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka seolah-olah ingin menjadikan masjid seperti gelanggang sarkas sama seperti rakan-rakan seperjuangan mereka yang melakukan pertunjukan seperti itu di persidangan Dewan Undangan Negeri Perak. Perbuatan biadab ini sebenarnya bertentangan dengan kehendak agama juga adat resam orang Melayu.

Konflik ini perlu diselesaikan oleh dua orang individu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim juga rakannya iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah tanpa melibatkan orang lain.

Agak menghairankan setiap cabaran yang dibuat oleh Shazryl tidak disambut oleh Anwar termasuklah sumpah laknat.

Lebih pelik lagi apabila Anwar sendiri tidak berani untuk membuat saman fitnah atas tuduhan tersebut di mahkamah walhal semua orang tahu Anwar seorang yang suka membuat tuntutan saman fitnah atas sesuatu isu yang beliau rasakan menggugat kredibilitinya sebagai seorang pemimpin politik. Mengapa untuk isu ini hanya sekadar laporan polis sahaja?

Isu ini perlu diselesaikan dengan segera demi agama dan bangsa kita sendiri. Isu ini secara tidak langsung menyumbang kepada perpecahan bangsa Melayu pada skala yang lebih besar. Ia memperlihatkan orang Melayu seperti ayam sabung, bergaduh dan berlaga dalam gelanggang manakala orang lain sebagai penonton.

Di sini saya mohon semua bangsa saya yang amat saya sayangi, pada hari Khamis malam Jumaat ini, marilah kita bersama-sama membaca surah Yasin sama ada di masjid, surau di rumah atau di mana-mana sahaja juga solat hajat dengan satu tujuan iaitu memohon pada Allah memberi petunjuk segera terhadap isu terbaru ini.

Saya yakin dan percaya isu hangat ini tidak berpanjangan dan kini berada di babak terakhir.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment