Thursday, May 12, 2011

Risda Ditipu

Anak getah RISDA tidak bermutu?

ANAK CUCU PEKEBUN KECIL

SAYA terpanggil untuk menulis nasib pekebun-pekebun kecil yang bergantung harap di bawah RISDA. RISDA masih terikat dengan benih-benih getah klasik yang tidak mendatangkan hasil secara konsisten.

Cuba tuan bayangkan setelah tujuh tahun membelai anak getah, hasilnya tidak seberapa. Berbanding pekebun getah yang membeli anak getah sendiri yang jauh lebih berkualiti.

Pendapatan mereka empat kali ganda. Saya juga berkesempatan berbual dengan pembekal benih kepada RISDA, terang-terangan mereka mengaku membekalkan benih yang tidak berkualiti dan lepas tangan sambil menyalahkan RISDA yang terlalu banyak birokrasi dan gejala komisen.

Kiranya RISDA gagal berubah, misi negara membantu pekebun kecil dan menghapuskan kemiskinan akan terkubur.

No comments:

Post a Comment