Peniaga kecil berang
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BUKIT MERTAJAM: Berang dan tidak puas hati dengan sikap kerajaan negeri yang didakwa menindas mereka, lebih 50 peniaga Melayu di sini mengadakan demonstrasi secara aman bagi meluahkan ketidakpuasan hati selain membantah tindakan pihak berkuasa tempatan merobohkan gerai mereka.
Demonstrasi diketuai Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah itu diadakan kira-kira 30 minit di depan sebuah gerai makan yang pernah diambil tindakan di Taman Bayu Mutiara, di sini, semalam.
Mereka turut membawa kain rentang yang ditulis: ‘Umno, Pas, selamatkan peniaga Melayu Pulau Pinang’; ‘DAP zalimi peniaga Melayu’; ‘DAP janji kosong’ dan ‘DAP roboh, rampas hak gerai kami’.
Mohd Ridzuan berkata, pihaknya kesal dan kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang menindas peniaga Melayu dan India di negeri itu.
No comments:
Post a Comment