Thursday, May 12, 2011

Ko Silap Pangkah daa

Copy dari house pk



Thursday, May 12, 2011
PANAS BERAPI! NASIB ORANG MELAYU DI KG KERANDANG, HULU SELANGOR!! MESTI BACA
Rundingan yang dijalankan oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan dengan Exco Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong, akhirnya dikatakan tidak sah oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim. Keputusannya ialah, semua penduduk Kampung Kerandang dihalau keluar dari kampung tersebut, segala prasarana dan rumah dimusnahkan. Begitu juga dengan segala tanaman yang telah diusahakan oleh para penduduk.

Itu yang baru berlaku di Kampung Kerandang.

Rundingan yang dijalankan antara penduduk dengan Jabatan Hutan telah terbatal dan dibatalkan oleh Khalid Ibrahim. Tanah yang telah dijual oleh kerajaan negeri kepada sebuah syarikat pemaju, telah dirampas oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang sering menuding jari kepada UMNO-BN untuk segala kedajalan yang mereka lakukan.

Itulah yang berlaku di Rawang apabila Khalid Ibrahim cuba merobohkan sebuah surau dan pondok pengajian di Kampung Melayu Rawang. Alasan yang diberikan ialah, tanah tersebut telah dijual oleh kerajaan Khir Toyo kepada syarikat pemaju. Namun siasatan pula mendapati, kerajaan Khir Toyo hanya membuat rundingan, sedangkan kerajaan Khalid Gagap melaksanakannya tanpa mengambil kira sentimen penduduk.



Niat sebenar Pakatan Rakyat untuk menghalau orang Melayu dan menghapuskan perkampungan orang Melayu sememangnya telah terbukti. DAP di Pulau Pinang menghalalkan perbuatan pembersihan etnik mereka dengan berselindung di sebalik undang-undang termasuklah perampasan tanah wakaf dan dua lot tanah perkuburan.

Di Selangor, Khalid Gagap yang diketahui seorang Menteri Besar yang sentiasa mengikut arahan Ronnie Liu dan para pembesar DAP yang lain, telah banyak melakukan perbuatan menghalau dan menghapuskan Melayu serta perkampungan mereka.

Kampung Kerandang adalah sebahagian daripada projek besar DAP untuk menghapuskan penguasaan dan dominasi Melayu di sesebuah kawasan. Di sebalik usaha mereka untuk menggambarkan bahawa UMNO-BN sedang memberi kerakyatan dan hak mengundi kepada warga asing, DAP dan PKR telah pun melakukan sesuatu yang lebih dahsyat iaitu MEMBANGSATKAN Melayu menerusi penghapusan kampung tradisi mereka.

Penduduk Kampung Kerandang yang hampir keseluruhannya adalah Melayu wajar berterima kasih kepada Khalid Ibrahim dan PKR. Setelah mereka menjadikan perkampungan di atas tanah TOL itu sebagai kubu kuat PKR, akhirnya mereka juga yang jadi seperti anjing buruk kepala!!!

Sumber: Selangor Daily

House PK: Ingat wahai pembaca sekalian, dimana saja DAP berada makan disitu akan berlakunya penghapusan penguasaan Melayu! Cuba korang perhatikan betul-betul! Ini adalah hakikat!
Tahniah sekali lagi!!!

No comments:

Post a Comment