Friday, May 20, 2011

Kerandang Dinafikan Keujudannya

Kampung Kerandang tidak diiktiraf

SHAH ALAM 19 Mei - Hasrat lebih 45 keluarga Melayu di Kampung Kerandang, Hulu Selangor untuk mempertahankan tanah yang diduduki sejak sekian lama mungkin hanya tinggal harapan apabila Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini tidak mengiktiraf kewujudan kampung mereka.

Menurut kenyataan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar hari ini, kampung berkenaan bukan penempatan yang sah berikutan kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang rekod yang membuktikan perkara itu.

"Berdasarkan taklimat Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini, selain kampung berkenaan tidak sah, kampung itu juga tidak mempunyai ketua kampung dan jawatankuasa yang diiktiraf oleh kerajaan negeri.

"Jabatan Hutan Selangor dan Pejabat Tanah dan Galian negeri juga mengesahkan tiada kelulusan diberi oleh mana-mana jabatan kerajaan bagi membenarkan rumah atau apa-apa struktur dibina di kawasan kampung berkenaan melibatkan kawasan seluas 1,000 hektar," jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menjelaskan, tanah tersebut masih diwartakan sebagai Hutan Simpan Bukit Tarek dan lesen menduduki sementara (TOL) tidak boleh dikeluarkan untuk kawasan hutan simpan.

Bagaimanapun, katanya, Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor pada 2001 dikatakan telah mengeluarkan lesen TOL kepada 375 keluarga untuk tanaman kontan dengan bayaran RM80 sekeluarga.

"Lesen TOL itu tamat pada 2004 dan tidak pernah diperbaharui sehingga ke hari ini," kata sekretariat tersebut.

"Kerajaan negeri mengenal pasti hanya enam buah keluarga yang terdiri daripada peneroka asal melibatkan kawasan seluas 12 ekar (4.8 hektar) yang masih tinggal di kampung itu," kata kenyataan tersebut.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment