Saturday, May 7, 2011

Bersatu

Harapan kerjasama UMNO-Pas

KERJASAMA UMNO dengan Pas memang diharapkan bagi mencapai satu matlamat iaitu memartabatkan bangsa Melayu agar agama Islam dan institusi raja-raja Melayu dapat dipertahankan. Gendang telah dipalu tetapi pemimpin atasan Pas nampaknya tidak mahu menari bersama UMNO.

Oleh itu, apa yang boleh dilakukan adalah untuk ‘mentarbiahkan’ penyokong Pas supaya memikirkan secara waras dan rasional segala kenyataan pemimpin mereka yang menolak kerjasama berkenaan.

Selama ini, kebanyakan mereka terus percaya kata-kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun hakikatnya ada yang salah dari segi hukum Islam. Ulama Pas yang selama ini tertidur dan membisu walaupun mengetahui kekalutan dilakukan oleh Nik Aziz, juga perlu dikejutkan.

HABA

Melaka

No comments:

Post a Comment