Pembangkang hasut rakyat salahkan kerajaan
SAYA merujuk kepada tulisan Dr Novandri Hasan Basri dalam Utusan Malaysia 4 Feb. bertajuk Jangan Politikan Krisis Mesir.
Sebenarnya bagi kita yang sentiasa memerhatikan gelagat pemimpin parti pembangkang yang kononya terlalu pandai dan arif perihal antarabangsa, pasti kita akan mendapati sikap golongan ini yang seolah-olah tahu semua.
Mereka ini, amat suka menyalahkan orang lain, sedangkan mereka sendiri tidak melakukan apa- apa.
Dalam kes pelajar kita yang terperangkap di Mesir, berduyun-duyunlah pemimpin pembangkang bersatu hati berpakat mengambil kesempatan untuk mengkritik kerajaan dan Wisma Putra. Kononnya kerajaan lambat mengambil tindakan untuk menyelamatkan pelajar kita dan seterusnya membawa pulang dengan selamat.
Mereka semua pasti maklum kerajaan dengan sedaya upaya telah mengambil setiap langkah ke-arah itu. Tetapi demi untuk kelangsungan politik, mereka semua sanggup membutakan mata, malah sanggup memekakkan telinga dan yang paling dasyat menghasut rakyat kononnya kerajaan lambat bertindak.
Inilah mentaliti pembangkang di negara kita. Pada mereka, kerajaan tetap bersalah sekali pun menyelamatkan anak mereka.
Jangan asyik suka memfitnah kerajaan kerana seperti kata Dr. Novandri Hasan Basri, kerajaan Mesir sekarang hampir lumpuh malah tidak bertuan lagi.
NUR JASADIN
Kuala Krai, Kelantan
TAJUK-TAJUK BERITA L
No comments:
Post a Comment