Monday, February 14, 2011

Bakar Interlok

Cincanglah, bakarlah Interlok

Oleh Ku Seman Ku Hussain
SAYA mendapat banyak reaksi berupa surat, e-mel dan juga khidmat pesanan ringkas daripada tulisan saya, “Bacalah novel, bukan membakarnya.” Tulisan itu sebagai reaksi kepada sekelompok manusia dungu yang membantah pemilihan Interlok sebagai subjek sastera tingkatan lima.

Saya sentiasa positif terhadap semua reaksi, tidak kira sama ada setuju atau tidak dengan pandangan saya. Berhujah dan berbeza pandangan adalah satu perkembangan yang sihat. Tetapi ini tidak bererti saya bersetuju dengan semua pandangan.

Salah satu surat yang saya terima cuba menyamakan protes pembakaran buku Satanic Verses karya Salman Rushdie. Penulis yang tidak menyertakan namanya ini tersinggung dengan kenyataan saya bahawa “hanya orang dungu saja yang membakar buku.”

Penulis ini bertanya, adakah dia dan beberapa “pejuang” lain yang membakar Satanic Verses itu dungu?

Satu perkara lagi yang dibangkitkan ialah, Interlok edisi pelajar itu telah disunting. Dia bertanya, apakah bezanya Interlok edisi pelajar yang disunting dengan permintaan kaum India supaya edisi itu disunting lagi untuk membuang perkataan “pariah”?

Saya tetap menganggap hanya manusia dungu saja yang membakar buku, biar sejahat mana sekalipun isi kandungan buku berkenaan. Baguslah kalau memprotes Satanic Verses tetapi jangan membakar buku itu. Maka memprotes dengan membakar buku, termasuk juga sesetengah pihak yang membakar surat khabar bukanlah satu tindakan bijaksana.

Di sini sudah ternyata satu protes yang bernilai tinggi terhadap buku Satanic Verses sudah menjadi setaraf dengan protes kaum India apabila kedua-dua pihak ini mengambil tindakan membakarnya. Maka saya tetap melabelkan kerja membakar Satanic Verses bertaraf longkang, sama dengan India yang membakar Interlok. Malah “penghinaan” kepada Salman Rusdie dengan membakar karyanya bersifat murahan, kebudak-budakan. Samalah dengan puak yang membakar Interlok, sebaliknya yang tertonjol adalah kebiadapan mereka.

Kalau mereka mahu terus membakar Interlok, saya fikir penerbitnya Dewan Bahasa dan Pustaka boleh mencetak Interlok khusus untuk dibakar asalkan mereka membelinya. Bukanlah satu tindakan bodoh, kerana membakar dua tiga naskhah tidak gah, mahu membakar berpuluh ribu naskhah tidak mampu hendak membelinya. Kalau mampu membeli sekalipun, memang ini kerja bodoh.

Saya harap pihak-pihak tertentu jangan memesongkan isu menyunting untuk edisi pelajar dengan suntingan yang dipaksa oleh puak-puak dungu demi kepentingan politik mereka. Inilah yang saya katakan bahawa membiarkan Interlok disunting untuk memenuhi kepentingan politik adalah mencemar maruah seorang Sasterawan Negara.

Menyunting untuk edisi pelajar bukanlah isu. Banyak karya sastera Barat termasuk naskhah teater Shakespeare seperti Hamlet juga mempunyai versi yang mudah sesuai dengan kematangan pelajar. Tetapi di Barat mereka tidak pula menyunting karya sastera untuk disesuaikan atas permintaan puak politik yang muflis perjuangan.

Seperkara lagi yang menyunting Interlok untuk edisi pelajar adalah orang yang berwibawa. Tetapi “penyunting @ pencincang” Interlok demi menjaga hati orang India adalah pemilik tangan-tangan kotor yang mengoyak perpaduan kaum negara ini.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment