Wednesday, February 2, 2011

CaraPKR Selangor Nak Beli SYABAS...

Ambil alih Syabas, MB Selangor tidak telus

USAHA Menteri Besar (MB) Selangor untuk melaksanakan penstrukturan semula industri air di negeri itu kini dipandang serius oleh pelbagai pihak. Krisis ini telah pun berlanjutan sekian lama sejak mula kerajaan pakatan mengambil alih tampuk pimpinan negeri tahun 2008.

Usaha melaksanakannya menempuhi pelbagai keputusan yang kontroversi dibuat oleh MB seperti kenaikan tarif air, isu tabung budi, pengambilalihan syarikat operator air dan pemberian air percuma.

Namun, di celah kemelut untuk menyelesaikan masalah ini termasuklah usaha kerajaan negeri untuk ambil alih syarikat air, saya lihat MB masih bersikap tidak telus dan tidak rasional. Rakyat Selangor mengetahui bahawa kerajaan negeri telah pun kemukakan dokumen tawaran kepada empat syarikat operator air negeri, tetapi di pihak syarikat operator air pula mendakwa mereka tidak diberikan tawaran terperinci untuk pembelian saham syarikat dan aset.

Saya hairan bagaimana perkara sebegini boleh berlaku? Saya sebagai rakyat biasa hanya ketawa melihat perkara ini masih dikelirukan dan diputarbelitkan oleh pihak MB.

Takkanlah kerajaan pimpinan MB yang dikatakan mempunyai kepakaran dan pengalaman memberikan dokumen yang sedemikian? Sewajarnya MB perlulah memberikan maklumat yang jelas dan terperinci untuk membeli syarikat berkenaan. Ia umpama hendak masuk meminang, kesemua perkara dibincangkan secara mendalam dan jelas untuk persiapan memetik bunga di taman.

Saya tidak fikir syarikat operator air sengaja membuat kenyataan bahawa kerajaan negeri memberikan dokumen yang ringkas. Kerana mereka pun tahu jika sebarang kenyataan yang salah diberikan kepada media, akibatnya jelas sama ada disaman atau pun ditarik lesennya oleh pihak berwajib.

Jadi kenyataan MB bahawa mereka ini berniat jahat adalah tidak wajar dikeluarkan olehnya. MB sepatutnya bersikap berkecuali. Begitu juga isu pemberian air percuma. Komoditi ini sepatutnya diberikan kepada mereka yang memerlukan, bukannya kepada mereka yang mempunyai pendapatan yang tinggi.

Ini sekali gus boleh meningkatkan kos yang tinggi dan membebankan kerajaan negeri jika ia terus diberikan kepada mereka berkenaan. Sepatutnya kos tersebut digunakan untuk projek kebajikan seperti membantu warga miskin, mualaf. Jadi, saya lihat usaha Syabas melalui program Tabung Budi ada kewajarannya.

ANAK JANTAN

Shah Alam

No comments:

Post a Comment