Friday, February 4, 2011

Minda Melayu

Usah ganggu lagi kesucian surau, masjid

SAMPAI bilakah parti pembangkang Pas terus menerus cuba mengelabui pemikiran umat Islam dengan menguasai banyak surau dan masjid?

Imam-imam pro-Pas dengan bangga termasuk dalam khutbah Jumaat mengajak jemaah supaya menyokong parti Pas yang mahu menegakkan negara Islam.

Dalam ceramah-ceramah termasuk kuliah Subuh, penceramah pro-Pas ini terus meracuni pemikiran jemaah bahawa hanya Pas parti yang benar-benar Islamik.

Di papan kenyataan surau dan masjid pula, mereka meletakkan poster ceramah gambar pemimpin mereka, sedangkan masjid dan surau itu sebahagiannya dibiayai dengan dana Kerajaan Pusat.

Kegiatan seperti ini perlu disekat. Sedarkah wahai imam-imam terbabit bahawa anda semua sedang menipu umat Islam. Jika Pas sanggup bekerjasama dengan DAP yang mahu menentang sekeras-kerasnya penubuhan negara Islam, bagaimana anda yakin Pas boleh menubuhkan negara Islam. Allah SWT amat membenci umatnya yang munafik.

Satu lagi contoh imam sebuah surau berapi-api menyelar pihak Kristian yang mahu menggunakan kalimah Allah tetapi apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata sebaliknya, imam itu kembali akur. Ini memang hipokrit.

Sedarlah wahai guru-guru agama bahawa anda akan mati dan segala tindak-tanduk anda akan dipersoal di akhirat kelak.

JEMAAH LIBERAL

Selangor

No comments:

Post a Comment