KESAL SIKAP PELAJAR
SYABAS kepada kerajaan Malaysia terutama YAB Perdana Menteri atas kejayaan Ops Piramid yang berjalan lancar. Jika kerajaan tidak prihatin ke atas rakyatnya, tak perlulah berbelanja besar untuk operasi ini kerana negara pun sedang dilanda banjir. Tetapi atas semangat 1Malaysia, rakyat didahulukan tidak kira fahaman politik.
Kita tahu hampir 80 peratus pelajar yang diselamatkan itu benci kerajaan BN. Sungguhpun dibenci, kerajaan BN tetap menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat dan berusaha menyelamatkan nyawa mereka. Dalam berita pukul 1.30 petang di TV3 baru-baru ini, saya terdengar seorang pelajar lelaki mengucapkan terima kasih dengan cuma menyebut... “terima kasih kepada...”. Adakah pelajar itu mahu menyebut kerajaan Malaysia atau apa? Bukankah sudah jelas atas usaha Pak Menteri dan Perdana Menteri, mereka selamat kembali ke tanah air. Inilah yang saya maksudkan golongan pelajar yang benci kepada kerajaan BN. Sepatutnya budak ini kita humban di Laut Merah saja tempoh hari!
YUSOFF
Johor Bahru
No comments:
Post a Comment