Monday, July 4, 2011

Xsuka Bersih

Jangan gugat keamanan negara

LADONNA
Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur

SAYA terpanggil untuk menulis artikel ini dek kemunculan kumpulan pelampau yang semakin berani mencabar kedaulatan negara.

Mengapa mereka ini bertindak sedemikian dan siapakah yang sebenarnya dalang dalam kumpulan pelampau tersebut?

Terlebih dahulu sebagai rakyat Malaysia, saya berasa amat bersyukur kerana negara kita adalah tergolong di dalam negara yang aman dan makmur.

Jarang sekali kita mendengar perkara-perkara buruk atau tidak diingini berlaku melibatkan kecelakaan, kematian dan kemusnahan akibat perbuatan manusia.

Tetapi kemakmuran yang kita kecapi ini pasti akan lenyap sedikit demi sedikit sekiranya terdapat anasir-anasir jahat yang cuba memporakperandakan negara.

Contoh terbaharu ialah kemunculan kumpulan pelampau yang cuba menyemai semula fahaman komunis.

Pertubuhan seperti ini wajib dihapuskan kerana mereka inilah yang cuba membuat kacau sekali gus mahu melihat rakyat jelata hidup dalam kesengsaraan.

Seperti yang kita sedia maklum, kumpulan ini berani bertindak dengan cuba membuat perhimpunan haram untuk mempengaruhi rakyat.

Selain itu, ada laporan mengatakan berkemungkinan mereka ini mendapat bantuan kewangan daripada pihak-pihak tertentu dari dalam dan luar.

Persoalannya sekarang tidak cukupkah dengan kesenangan, kemewahan dan kestabilan hidup yang dikecapi selama ini. Mengapa kita tidak mahu bersyukur dengan kenikmatan yang diberikan.

Mahukah kita menjadi seperti di Asia Barat yang mana situasi di sana tidak menunjukkan tanda-tanda positif untuk kembali pulih dalam masa terdekat. Malahan ia semakin meruncing dan ramai nyawa yang tidak berdosa terkorban.

Sekali lagi saya ingin menyatakan, semua kaum tidak mengira bangsa dan agama hidup dalam keadaan harmoni sejak negara Malaysia mencapai kemerdekaan.

Oleh itu, janganlah cuba untuk memperjudikan keamanan dan kemakmuran negara ini.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment