Saturday, July 16, 2011

orang kafir ceramah pasal ugama islam

Sejak DAP punya ikatan persaudaraan dengan Pas...

Oleh AZMAN ANUAR

HANYA kerana mahu bertanya kepada ADUN Sekinchan daripada DAP, Ng Suee Lim yang cuba menggunakan hadis untuk berhujah, Ketua pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman diarah keluar dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor oleh Speaker Datuk Teng Chang Kim, Selasa lalu.

Suee Lim dikhabarkan selalu menggunakan hadis dalam sidang DUN, jadi kena juga ditanya kesahihan hadis itu supaya tindakannya tidak mempersendakan kesucian agama Islam.

Sedihnya, ADUN Pas dan ADUN Melayu/Islam PKR Selangor boleh tersenyum bila Suee Lim mempermainkan ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW dengan membaca beberapa potong ayat dengan tunggang-langgang.

Fahamilah agenda tersembunyi DAP. Sesiapa pun pemimpin DAP boleh berkata mereka berminat dengan agama Islam, tapi dasar DAP terang-terang tolak negara Islam.

Pendirian Mohamad Satim dalam mempertahankan kesucian agama Islam adalah betul dan tepat. Suee Lim tidak layak bercakap mengenai hadis kerana dia bukan orang Islam selain tidak memahami maksud hadis Rasulullah SAW itu.

Orang bukan Islam seperti wakil rakyat itu sepatutnya lebih menghormati sensitiviti orang Islam dengan tidak menyalahgunakan al-Quran dan hadis untuk kepentingan politik.

Di mana pemimpin Pas ketika DAP cuba memberi tafsiran baru terhadap agama Islam?

Mahukah Pas mengambil sesuatu daripada ajaran agama Hindu, Buddha, Kristian dan sebagainya. Jika tidak betul, apakah penganut agama lain tidak akan menghentam Pas sebab menyalahguna dan menyinggung perasaan penganut agama berkenaan.

Fenomena ini tidak berlaku 10 atau 20 tahun lalu. Ia baru berlaku selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Semua ini berlaku sejak DAP ada ikatan 'persaudaraan' dengan Pas. Semua yang tidak boleh dahulu, tiba-tiba sudah jadi boleh.

Penganut agama lain tidak patut bercakap mengenai agama Islam, tetapi sekarang semua sudah dibolehkan. Dahulu, tiada penganut agama lain berani memperlekehkan ajaran Islam tetapi sekarang segelintir mereka bertukar menjadi berani dan menjadikan ayat-ayat al-Quran dan hadis sebagai modal politik untuk menarik sokongan umat Islam.

Sekarang bukalah mata, renungkan apa yang sedang terjadi.

Sejak Pas membuang perjuangan Negara Islam dan digantikan dengan negara berkebajikan, parti itu sudah hilang kepekaan terhadap isu agama Islam. Malah, Pas membiarkan orang kafir dalam DAP dan PKR menggunakan ayat al-Quran dan hadis sesuka hati mereka.

Orang kafir dalam DAP dan PKR bagaikan mendapat lesen besar kerana pemimpin Pas sendiri menyokong mereka menggunakan ayat suci dan sabda junjungan kita untuk kepentingan politik.

Kerana tidak ditegur oleh ulama dalam Pas, malah digalakkan pula maka mungkin ramai pemimpin DAP beranggapan ayat al-Quran dan hadis adalah rendah tarafnya dan 'tidak menjadi kesalahan besar' kalau dipetik untuk tujuan politik.

Malah, rata-rata Melayu dalam pakatan pembangkang menyokong dan terpesona dengan pendekatan baru 'dakwah' DAP kepada mereka. Banyak bukti ucapan dan ceramah pemimpin DAP kini disambut dengan takbir.

Jarum-jarum halus sedang masuk dalam institusi agama Islam kita. Semakin jauh kita membenarkan mereka masuk ke dalam wilayah agama Islam, semakin sukar untuk kita menghalaunya kelak.

Jadi umat Islam kena sedar taktik licik DAP yang tolak negara Islam tetapi mahu pula guna ayat al-Quran dan hadis. Tidakkah itu ada muslihat?

No comments:

Post a Comment