Ambil iktibar dari Liberia, negara kaya hasil mahsul tetapi rakyat hidup melarat
Oleh YUSRI SAHAT
utusanpahang@utusan.com.my
BARU-baru ini, penulis sempat berkunjung ke sebuah negara yang dianggap paling miskin di dunia iaitu Liberia.
Liberia yang berkeluasan 111,369 kilometer persegi itu merupakan sebuah negara yang terletak di Afrika Barat yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 3.4 juta orang.
Dakwaan yang selama ini mengatakan Liberia sebuah negara termiskin adalah tepat sebaik sahaja penulis mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Monrovia iaitu di ibu negara republik tersebut.
Jika dibandingkan dengan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, keadaan Lapangan Terbang Antarabangsa Monrovia amat daif sekali.
Usahlah membandingkannya dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) - bagaikan langit dengan bumi.
Bayangkan tiket penerbangannya hanya ditulis dengan tangan berbanding kebiasaannya yang dicetak dengan menggunakan komputer.
Kunjungan penulis ke Liberia dibawa oleh sebuah syarikat perladangan gergasi negara, Sime Darby Berhad (Sime Darby) untuk liputan pembukaan ladang barunya di Grand Cape Mount iaitu salah sebuah negeri di negara berkenaan.
Menurut para pegawai Sime Darby, Liberia merupakan sebuah negara yang kaya dengan hasil mahsul seperti minyak, bijih timah, berlian dan arang batu selain memiliki kawasan tanah yang luas.
Dengan kata lain, geografi, iklim dan hasil buminya tidak jauh berbeza dengan Malaysia.
Bagaimanapun pergolakan politik yang sering berlaku termasuk dua perang saudara pada pertengahan 1990-an dan 2002, kekayaan tersebut gagal dimanfaatkan untuk kepentingan rakyatnya.
Justeru, rakyatnya hidup serba miskin dan daif apabila tiada sebarang perancangan untuk meningkatkan taraf hidup penduduknya yang sebahagian besar beragama Kristian dan Islam.
Pendek kata, memijakkan kaki ke bumi Liberia bagaikan terasa kembali ke era 1960-an dan 1970-an.
Melihat kepada kemunduran Liberia, penulis merasa diri amat beruntung kerana dilahirkan di Malaysia.
Nikmat kemakmuran di Malaysia bukan sekadar memiliki kekayaan hasilnya.
Lebih penting daripada itu, aspek pengurusan dan perancangan ekonomi yang teratur yang dilaksanakan oleh kerajaan memerintah.
Tanpa perancangan bersistematik, sesebuah negara yang mempunyai kekayaan hasil buminya tidak mampu membangunkan rakyatnya untuk hidup selesa, apatah lagi untuk mencetuskan sikap daya saing yang tinggi.
Bersempena dengan Hari Peneroka yang bakal disambut di Bandar Jengka Khamis ini, golongan peneroka perlu muhasabah diri dengan mengimbas kembali ketika mereka mula-mula membuka tanah rancangan kira-kira 30 atau 40 tahun lalu.
Pastinya keadaan ketika itu jauh berbeza dengan apa yang dinikmati pada masa ini.
Tanpa perancangan yang bersepadu dan jitu, tidak mungkin kerajaan mampu menubuhkan Felda dan membuka tanah untuk dimajukan oleh ribuan masyarakat peneroka.
Oleh itu, adalah tidak wajar sama sekali jika dengan mudahnya kaum peneroka terpengaruh dengan apa yang ditaburkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang berusaha meruntuhkan institusi Felda yang terbukti berjaya membangunkan ekonomi orang Melayu.
Tidak mustahil negara kita juga boleh menjadi seperti Liberia jika keamanan dan perpaduan yang dikecapi hari ini tidak dipelihara.
Bak kata pepatah Ingggeris, ‘Kota Rom tidak dibina dalam sehari.’
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
108 billion lesap - kastam
ReplyDeletekomisyen---????
rasuah---???
jabatan lain-----????
lain lain entah bapa ratus billion lagi
belanjawan setahun tak sampai 300 billion
jika hasil negara tak di seleweng
bayangkan berapa banyak pembangunan dan kebajikan boleh dilakukan