Calon anjing dan revolusi yang tidak relevan
Kelolaan LUKMAN ISMAIL
lukman@utusan.com.my
BEBERAPA penulis membidas kenyataan seorang pemimpin bawahan DAP yang menganggap parti itu berupaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang walaupun mereka meletakkan anjing sebagai calon, seperti mana disiarkan akhbar Nanyang Siang Pau, 18 Julai lepas.
Novandri Hassan Basri dalam Blog MIM (novandri.blogspot.com) berkata, jelas kepimpinan DAP semakin riak dan angkuh dengan sedikit kuasa yang dikecapi kini sehingga menimbulkan rasa mual termasuk di kalangan orang Cina.
Katanya yang memetik ulasan akhbar tersebut, pemimpin itu diyakini mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana menganggap DAP kini semakin diterima rakyat terutama di kalangan masyarakat Cina.
"Tanggapan itu telah menghina kebijaksanaan dan kebolehan pengundi Cina yang sebenarnya boleh mengubah keputusan mereka pada bila-bila masa dan bukannya menjadi pak turut sahaja.
"PRU-13 nanti jatuhkan semua pemimpin DAP! Baru mereka tahu tinggi langit dan bumi! Pengundi bangsa Cina pun mereka perlekehkan," katanya.
Dalam entri lain, Blog MIM "gembira" apabila pemimpin DAP mula berkonfrantasi dengan Nanyang Siang Pau ekoran pendedahan kenyataan berhubung meletakkan calon seekor anjing.
Katanya, walaupun agak terlewat tetapi sekurang-kurangnya akhbar-akhbar berbahasa Cina itu sudah melihat lakonan dan riaknya para ahli politik DAP.
"MIM berharap agar selepas ini, media Cina tidak lagi memberi muka kepada mereka. Jika surat khabar Cina dianggap sampah, ahli politik itu lebih buruk daripada sampah!
"Apa pun, MIM menjangkakan Lim Guan Eng, DAP dan yang lain akan datang menghadap pengurusan surat khabar tersebut dan meminta ampun!," katanya.
Blog RBF Online (ruangbicarafaisal.blogspot.com) pula berkata, kenyataan pemimpin DAP itu menggambarkan sikap besar kepala dan angkuh parti tersebut yang begitu yakin untuk merampas pemerintahan negara pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, pada masa sama parti itu turut menghina rakyat Malaysia yang menjadi pengundi dengan menggambarkan negara ini hanya memerlukan anjing untuk menjadi wakil rakyat mereka.
"Begitulah angkuhnya DAP! Mereka menyondol bagaikan babi hutan yang gila mengatakan pilihan raya di Malaysia tidak bersih, tetapi dalam masa sama mereka kata anjing pun boleh menang," katanya.
Jas Salleh (semaremas.blogspot.com) pula secara sinis berkata, kenyataan bahawa DAP boleh memenangi pilihan raya walaupun meletakkan anjing sebagai calon sebagai kenyataan yang ada kebenarannya.
Ini kerana, katanya, mana-mana kalangan orang Melayu yang diletakkan sebagai calon oleh DAP akan dilabelkan mereka sebagai "anjing" baik dari kalangan Melayu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahupun DAP sendiri.
"Apa agaknya komen balas dan reaksi daripada Lebai Malang Pas dan Si Luncai PKR berkenaan dengan hal ini ? Roll... play dead DOGGIE!... Catch the stick... good DOGGIE!" katanya dengan sinis.
Yuseri Yusoff (yuseriyusoff.blogspot.com) pula berkata, sudah banyak artikel dan isu yang menggambarkan kebiadapan DAP tetapi masih ramai yang mempercayainya disebabkan terpesona dengan alunan hadis yang bermain di bibir pemimpin parti yang paling rasis itu.
Katanya, adalah tidak perlu untuk mengulas panjang mengenai kenyataan pemimpin DAP berkenaan, tetapi mereka yang beragama Islam boleh berfikir betapa biadab, bongkak dan egonya parti tersebut.
"Mungkin Nik Aziz dan Hadi Awang terlupa mengingatkan DAP bahawa anjing itu haram di sisi agama Islam, atau mungkin juga pemimpin DAP belum jumpa hadis yang perlu dihafal mengenai anjing?
"Adakah anda orang Melayu Islam sanggup mewakilkan anjing untuk menjaga kebajikan anda sebagai rakyat? Peristiwa 13 Mei berlaku pun sebab kebiadapan DAP ketika berarak meraikan kemenangan mereka," katanya.
Isu tersebut turut dipetik oleh blog Nasionalis 1982 (nasionalis1982.blogspot.com) dan Ibrahim Yahya (duniatiger.blogspot.com).
Sementara itu, Che Wan dalam MyKMU.net (www.mykmu.net) berpendapat, ada pemimpin yang melaungkan tentang revolusi konon untuk memulihkan sistem dalam negara tetapi pada masa yang sama mengajak rakyat merusuh dan menimbulkan kebencian kepada pemerintahan Islam yang menerajui negara ini.
Sedangkan katanya, perbuatan menentang pemimpin sedemikian adalah bertentangan dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah yang tidak dibenarkan kita berpaling rasa taat selagi pemerintah itu tetap dalam agama Islam dan menegakkan syiar Islam.
"Semua ini dilakukan dengan harapan supaya rakyat membenci kerajaan dan juga menumbangkan pemerintah sedia ada agar mereka mampu merampas kuasa. Sebab itulah media-media mereka digerakkan dengan begitu rupa dan bebas menyebarkan propaganda yang berbaur fitnah.
"Pemimpin-pemimpin pembangkang ini juga gembira sekiranya negara menjadi huru-hara dan kelam-kabut. Kerana sekiranya negara huru-hara, maka pelbagai agenda jahat dan buruk yang mereka rancangkan menjadi lebih mudah direncanakan," katanya.
Kata Che Wan, keadaan di Timur Tengah seperti di Mesir dan Libya memberikan contoh bagaimana demonstrasi dan menggulingkan kerajaan tidak membawa sebarang revolusi, sebaliknya pengaruh Yahudi dan pemimpin boneka Barat pula yang muncul mengawal pentadbiran negara terbabit.
"Itulah juga nasib yang bakal menimpa negara kita ini jika revolusi kononnya untuk membersihkan pentadbiran yang diuar-uarkan oleh pihak pembangkang dibenarkan. Apa relevannya revolusi jika kita masih lagi hidup dengan aman dan makmur? Jangan sifatkan 0.01 peratus rakyat yang membenci kerajaan sebagai suara seluruh jutaan rakyat yang ada di Malaysia.
"Jangan hina undi dan mandat yang diberikan oleh berjuta rakyat kepada kerajaan sebagai pentadbir yang sah. Hanya orang yang tak mampu berfikir sahaja yang anggap suara minoriti sebagai suara revolusi," tegasnya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
No comments:
Post a Comment