Monday, July 4, 2011

Malaysia Sudah Huru_hara Dimata Dunia

Surat terbuka buat PM

DSTBI
Warga Malaysia Di Luar Negara

Datuk Seri,
SAYA sering berada di luar negara terutama Indonesia, China dan Kemboja kerana mencari sesuap nasi, apa yang dihebohkan di Internet dan YouTube seolah-olah Malaysia sudah huru-hara, suara-suara segelintir penderhaka yang ingin menggulingkan kerajaan dan merampas Putrajaya.

Tetapi setelah saya pulang pada 28 Jun jelas Malaysia masih aman damai, cuma laporan daripada media massa dan akhbar saja yang sibuk dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.

Jika benar hal ini telah dirancangkan dengan berniat jahat untuk menghuru-harakan negara, maka kerajaan yang sah sekarang ini tidak boleh lagi bertolak ansur kepada para petualang-petualang yang berniat jahat ini.

Gunakan segala undang-undang yang ada di Malaysia untuk mencegah hal ini daripada berlaku dan sesiapa yang terlibat dan menjadi dalang hendaklah dihukum dengan seberat-beratnya.

Selain pihak polis, keluarkan tentera untuk mengawal keselamatan dan keharmonian rakyat dan negara.

Petualang-petualang yang segelintir ini adalah rakyat yang degil dan derhaka terhadap pemerintah, bangsa dan tanah air sendiri.

Semoga Malaysia terus aman, maju di bawah kerajaan sekarang dan semoga ia dapat memperbaiki lagi mana-mana yang kurang baik dan menambahbaik mana-mana yang telah baik.

No comments:

Post a Comment