Cadangan untuk penganjur Bersih
BEBERAPA cadangan kepada penganjur Bersih jika masih berdegil mahu berarak pada 9 Julai ini. Semua yang mahu mengambil bahagian perlu menggunakan teksi agar ada pendapatan untuk pemandu teksi pada hari itu.
Bawa penyapu dan bersihkan setiap laluan yang ditempuhi termasuk longkang yang penuh sampah.
Sediakan pampasan kepada peniaga di kawasan dilalui yang bersamaan dengan jumlah kutipan seharian dan perlu meletakkan deposit kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar jika berlaku kerosakan, ia akan digunakan untuk tujuan pembaikan dan ganti rugi.
Mereka perlu mengisi perut di warung agar peniaga makanan boleh mendapat keuntungan.
Tidak dibenarkan memakai kemeja T yang dibekalkan penganjur sebaliknya membelinya daripada peniaga di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman.
IBRAHIM YAHAYA
No comments:
Post a Comment