Tuesday, July 12, 2011

mahasiswa keldai pembangkang

Pelajar IPTA sedarlah diri jangan dijadikan alat

LA DONNA
Kuala Lumpur

APA nak jadi dengan segelintir rakyat Malaysia? Keamanan dan kedamaian negara cuba dirosakkan dan disabotaj. Demonstrasi haram oleh Bersih 9 Julai lalu menceritakan segalanya.

Saya sangat-sangat kecewa dengan segelintir rakyat Malaysia yang menyertai demonstrasi haram itu. Lebih mengecewakan ialah apabila melihat golongan muda belia yang menyertai perhimpunan tersebut. Apabila ditanya, apakah Bersih dan mengapa menyertai demonstrasi itu, mereka menjawab tidak tahu.

Mengapa begitu pendek akal golongan muda yang terdiri daripada pelajar IPTA. Melihat cara berpakaian mereka sahaja sudah tahu mereka itu adalah pelajar IPTA. Ingat, jika tidak kerajaan yang membantu memberi dana pinjaman dan biasiswa, mana mungkin anda semua boleh melanjutkan dan menamatkan pelajaran di universiti.

Pokoknya, akal fikiran mereka yang terlibat dengan demonstrasi haram Sabtu lalu amat cetek kerana tidak tahu memilih yang mana satu betul yang mana satu salah. Perasaan kekecewaan saya ini bukanlah datang daripada diri saya seorang sahaja, malah jutaan lagi rakyat Malaysia yang sememangnya menolak demonstrasi Bersih ini.

Anwar Ibrahim, apabila melihat mukanya sahaja di kaca televisyen memang saling tak tumpah seperti orang yang bersedia memperjudikan maruah dan kedaulatan negara Malaysia. Jadi apakah perhimpuanan itu membawa apa-apa perubahan seperti yang mereka kehendaki? Jawapannya, tidak! Bahkan imej Malaysia tercalar dan tercemar sama sekali.

Amat memalukan kerana Malaysia sememangnya menjadi destinasi pelancong asing dari masa ke semasa. Setelah mereka melihat demonstrasi berkenaan dan apabila pulang ke negara masing-masing, mereka akan mengatakan Malaysia sudah tidak aman lagi seperti dahulu.

Apapun, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia kerana telah bertungkus-lumus menjaga keselamatan orang ramai, terutamanya dalam mengekang kumpulan pelampau tersebut.

Jika pihak polis tidak membuat sekatan jalan raya terlebih dahulu, sudah tentu banyak lagi perkara buruk berlaku, malah mungkin berlaku pergaduhan yang melibatkan perbuatan ganas kumpulan pelampau Bersih.

Perbuatan meniru negara luar untuk mengadakan protes jalanan, demonstrasi haram seperti ini bukanlah cara rakyat Malaysia. Kita kaya dengan adat dan tata susila kita sendiri. Cubalah perhatikan dan hayati semula Rukun Negara wahai rakyat Malaysia sekalian. Saya cintakan keamanan dan cintakan negaraku Malaysia.

No comments:

Post a Comment