Sunday, July 10, 2011

meriam air

Ingkar arahan, polis terpaksa guna meriam air

KUALA LUMPUR 9 Julai - Polis terpaksa menggunakan meriam air bagi menyuraikan para penyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang berkumpul di hadapan Menara Berkembar Petronas di sini hari ini.

Tindakan itu diambil polis berikutan kedegilan kumpulan berkenaan untuk bersurai walaupun beberapa kali diminta berbuat demikian.

Terdahulu, kira-kira pukul 2.50 petang, kumpulan tersebut yang bergerak dari Bukit Bintang melalui Jalan Sultan Ismail ditahan di Stesen Monorel Bukit Nenas.

Mereka kemudian berpatah balik dan berkumpul di hadapan Menara Berkembar Petronas.

Beberapa pemimpin pembangkang termasuk Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli dilihat turut memberi ucapan sebelum disuraikan polis.

No comments:

Post a Comment