Tuesday, July 5, 2011

Angkat Senjata

'Saya sedia sandang senjata'

SHARIFF PANJANG
Seremban

SAYA telah menamatkan perkhidmatan dalam pasukan keselamatan, khususnya pasukan Senoi Praaq dan bertugas di Perak selama 35 tahun dan bersara juga di negeri itu.

Sekiranya ada pihak yang mengganggu-gugat keamanan dan kemakmuran negara dan cuba untuk menghidupkan ideologi dan perjuangan komunis di tanah air ini, saya sedia menyandang senjata yang ditinggalkan selama ini demi menegakkan keadilan dan maruah negara.

Saya mahu tanya kepada Anwar Ibrahim dan S. Ambiga apakah sumbangan anda berdua kepada negara selama ini? Jangan hanya berkokok seperti ayam jantan mahu tunjuk taji konon dialah hero.

Sepanjang perkhidmatan selama 35 tahun banyak azabnya ketika menjejaki saki baki pengganas komunis yang bertapak di kawasan Gerakan Ops Bamboo di Kelantan. Peristiwa yang tidak dapat saya lupakan berlaku pada tahun 1978 apabila salah seorang anggota saya putus kaki akibat terkena jerangkap samar di kaki Gunung Sepat dengan ketinggian 5,070 kaki dari paras laut.

Bayangkan dengan cuaca sejuk dan kabus tebal anggota yang cedera tidak dapat dikeluarkan dari tempat kejadian dengan kadar segera.

Yang menghairankan saya, mengapa kemakmuran dan keamanan negara hendak dikhianati oleh mereka yang kononnya berpendidikan tinggi, tapi hakikatnya otak bergelumang dengan najis dan tidak sebersih seperti yang diperjuangkan.

No comments:

Post a Comment