Perkasa tempelak dua Naib Presiden Pas
KUALA LUMPUR 12 Julai - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menempelak dua Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub yang mempersoalkan tindakan polis menahan mereka di KL Sentral Sabtu lepas.
Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, tindakan mereka yang menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu dengan jelas telah melanggar undang-undang.
Menurutnya, adalah menjadi tugas polis untuk menahan mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram itu yang pada masa sama mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang perhimpunantersebut.
''Soalnya siapa yang langgar undang-undang ketika ini? Penahanan mereka ibarat tindakan polis mena han mereka yang tidak mempunyai lesen memandu.
''Justeru, adalah menjadi harapan kita supaya rakyat tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan pihak pem bangkang ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Syed Hassan dalam pada itu mendakwa tindakan pembangkang berselindung di sebalik Bersih adalah bagi mengelak parti itu dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertu buhan (ROS).
Katanya, ini kerana perbuatan beberapa pemimpin parti itu dengan jelas tidak mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk titah Yang di-Pertuan Agong.
''Pada masa sama yang sama, perbuatan mereka mengadakan perhimpunan Bersih itu adalah bagi memalukan dan mensabotaj ekonomi negara,'' katanya.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Perundingan Melayu Malaysia, Datuk Dr. Kamarudin Kachar meminta pihak media antarabangsa supaya melakukan siasatan dan mencari bukti terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tindakan polis negara ini terhadap perhimpunan haram Bersih.
Katanya, polis telah bertindak secara profesional dan tidak sesekali menggunakan kekerasan terhadap peserta perhimpunan tersebut.
No comments:
Post a Comment