Mahasiswa tempatan persenda lagu Negaraku
KUALA TERENGGANU 10 Julai - Seorang mahasiswa dipercayai dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini bertindak biadab apabila dikesan menghina lagu Negaraku menerusi laman sosial Facebook.
Penuntut terbabit yang menggunakan nama Mohd. Farizal dalam statusnya tampil dengan mengubah lirik lagu kebangsaan yang mencerca, mempersendakan negara dan raja Melayu.
Perkara itu kemudian dipetik oleh beberapa laman blog termasuk anakseberang.blogspot hari ini.
Dalam statusnya, penuntut itu menyebut:
National Anthem of Malaysia - Negaraku
Negaraku, Tanah Tumpahnya Maniku,
Rakyat Hidup Miskin dan Makan Taik,
Rahmat Miskin,
Tuhan, Matikanlah Raja Kita, Masuk Kubur,
Rahmat Miskin,
Tuhan, Masukkanlah Raja Kita ke Neraka Jahanam...'
Statusnya itu mengundang pelbagai reaksi serta komen daripada rakannya yang mengecamnya kerana bertindak keterlaluan.
Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman ketika dihubungi hari ini terkejut dan mengakui hanya mengetahui perkara itu setelah dimaklumkan Utusan Malaysia hari ini.
Beliau seterusnya menyifatkan perbuatan itu sangat serius serta tidak boleh dimaafkan dan akan bertindak tegas sekiranya terbukti ia dilakukan mahasiswa universiti itu.
"Ini (hina lagu Negaraku) sangat serius dan kita akan siasat terlebih dulu untuk kesahihan, jika terbukti dia bersalah tindakan serta-merta akan diambil mengikut undang-undang," tegasnya.
Menurut Aziz, UMT menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan mengenai dakwaan itu untuk tindakan selanjutnya.
Tambah beliau, pihak pengurusan UMT tidak rela mempunyai penuntut yang menghina lagu Negaraku seperti yang dilakukan oleh seorang penuntut Malaysia di universiti di Taiwan, Wee Meng Chee yang menghina lagu kebangsaan sebelum ini.
Meng Chee atau Namewee menghina lagu Negaraku melalui klip videonya yang disiarkan dalam laman perkongsian video, YouTube.
No comments:
Post a Comment