Keputusan kerajaan Kedah satu 'lawak'
KAMARUZAMAN
Shah Alam, Selangor
KEPUTUSAN Kerajaan Negeri Kedah mengarah tutup dan kemudian membenarkan pusat hiburan beroperasi pada bulan Ramadan bukan perkara aneh tetapi lawak.
Bagaimanapun yang lawak bukan arahan yang dibuat kerajaan negeri tetapi rentetan tindak balas orang luar dari negeri Kedah.
Karpal Singh terus memberikan kata dua kepada Pas. Tinggal lagi dia tidak pula kata langkah mayat dia dahulu sebelum kerajaan Kedah boleh laksanakan hukum. Itu mungkin adalah kompromi Karpal Singh kepada Hadi Awang.
Pemimpin Pas pula kecut dengan gertakan Karpal Singh dan memaksa Menteri Besar (MB) Kedah menarik balik arahan dengan pembetulan ke atas arahan MB Kedah.
Maknanya MB Kedah tidak tahu buat kerja. Untuk jaga muka, MB Kedah terus ikut arahan bos dia dalam parti tetapi bos kena buat penjelasan. Itu yang lawak. Hadi Awang jadi jurucakap MB Kedah.
Tambah lawak apabila Hadi Awang menyalahkan kerajaan terdahulu di atas kesilapan yang dilakukan oleh MB Kedah. Ini bukan kali pertama MB Kedah memerintah Kedah dalam bulan Ramadan. Lagi sekali, dia cara tak langsung nak bagi tahu yang MB Kedah tidak tahu buat kerja.
Yang paling lawak sebab dia kata dia buat itu bukan disebabkan Karpal Singh. Kenapa dia tidak nasihatkan MB Kedah sebelum Karpal Singh beri kata dua?
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
No comments:
Post a Comment