Layanan polis: Anwar berbohong lagi
KUALA LUMPUR 12 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal untuk membohongi rakyat bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diberi layanan buruk oleh polis selepas ditahan kerana menyertai perhimpunan haram Bersih pada Sabtu lalu.
Ia berikutan pengakuan Abdul Hadi sendiri di Kuala Terengganu bahawa beliau diberi layanan yang baik oleh polis sepanjang ditahan.
Kenyataan tersebut bercanggah dengan dakwaan Anwar ketika berceramah di Pulau Pinang malam tadi bahawa Abdul Hadi telah diseret dan dihumban ke dalam lokap.
"Dengan pertolongan Allah SWT, semua kita dibebaskan dan saya tak mahu diberi layanan terlalu istimewa pergi hantar sampai ke rumah. Saya ucap terima kasih banyak. Saya ucap terima kasih layanan yang baik bukan untuk saya saja," katanya seperti disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini.
Abdul Hadi berkata demikian ketika berucap sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmood, Kuala Terengganu malam tadi.
No comments:
Post a Comment