Friday, April 27, 2012

tanah peneroka tak usik

‘Tiada seinci tanah peneroka diambil’


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PENGERUSI Felda, Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad menegaskan, tiada tanah peneroka Felda akan dipindah milik dalam penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).
Beliau berkata, isu pindah milik tanah itu sengaja dimainkan pembangkang untuk kepentingan politik mereka.

“Sejak hari pertama iaitu pada 7 Oktober tahun lalu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah umumkan tiada satu inci pun tanah peneroka yang akan diambil. Penyenaraian ini tiada kena mengena dengan tanah peneroka.
“Kita hanya menggunakan 365,000 hektar tanah di bawah Felda Plantation. Tanah peneroka tidak diusik pun,” katanya.

Beliau berkata, penyenaraian itu tetap akan dijalankan, meskipun menerima bantahan kerajaan Kelantan.

“Dia (kerajaan Kelantan) nak bantah dia bantahlah. Kalau ikut asalnya memang kerajaan negeri ada bagi sikit (tanah) kepada Felda, Kelantan bagi sikit, Selangor bagi sikit dan negeri lain. Tapi, yang paling banyak beri tanah ialah negeri Sabah, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan. Penyenaraian ini akan tetap diteruskan,” katanya.

No comments:

Post a Comment