Thursday, April 5, 2012

pr hanya pandai meroboh, merampas

Tindakan MBSA roboh gerai ibu tunggal dibidas


Ahmad Nawawi Md.Zin (berdiri tujuh dari kanan) bersama ibu-ibu tunggal dan penduduk Shah Alam mengadakan demonstrasi secara aman membantah tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merobohkan 29 gerai di Seksyen 24. Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 3 April - Tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merobohkan 29 gerai termasuk lima gerai kepunyaan ibu tunggal di Seksyen 24, semalam jelas menunjukkan sikap tidak bertolak-ansur pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawah Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dalam melaksanakan tanggungjawab membela rakyat terutama golongan tidak berkemampuan.
Malah alasan MBSA melakukan tindakan meroboh premis perniagaan ibu-ibu tunggal itu kononnya kerana didapati beroperasi tanpa kebenaran merupakan satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.
Ini kerana mereka telah mendapat kebenaran untuk berniaga di tapak tersebut dari MBSA semasa zaman pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Menurut Penyelaras Parlimen Barisan Nasional (BN) Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin, semasa pentadbiran BN, tapak gerai yang dirobohkan itu diperuntukkan untuk tiga orang ibu tunggal tersebut yang dianggap sebagai golongan yang perlu dibantu untuk berdikari dan mencari nafkah untuk keluarga masing-masing.
''Kita telah peruntukkan tanah ini bagi membolehkan tiga golongan iaitu warga emas, orang kurang upaya dan dan ibu tunggal untuk memajukan ekonomi mereka, mereka baru setahun berniaga walaupun telah lama mendapat peruntukan tanah daripada kerajaan negeri.
''Namun belum sempat persatuan ibu tunggal mendapat geran tanah bagi tapak gerai tersebut, teraju kerajaan negeri telah bertukar kepada parti pembangkang . Sepatutnya perkara baik sebegini diteruskan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai demonstrasi secara aman bersama kira-kira 60 orang termasuk peniaga dan penduduk Shah Alam di tapak gerai di Seksyen 24 di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Shah Alam, Radziah Ahmad; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azhari Shaari dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian, Shuratini Abdul Rahman.
Dalam perhimpunan tersebut peniaga dan penduduk Shah Alam yang hadir mengangkat sepanduk yang ditulis ayat seperti Jangan Wujudkan Gaza Kedua, Pemimpin Didahulukan Rakyat Ditindas, Kerajaan PKR Selangor Ala Zionis dan Terima Kasih Kerana Robohkan Gerai Kami- Ibu Tunggal.
Ahmad Nawawi berkata, pihaknya kesal kerana MBSA menutup ruang untuk berunding dengan peniaga-peniaga ibu tunggal yang menjadikan perniagaan di gerai yang dirobohkan tersebut sebagai sumber mata pencarian mereka.
''Kesemua ibu tunggal yang malang itu bersusah payah mengumpul modal dan membuat pinjaman dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), kini akibat sikap tidak bertimbang rasa pihak berkuasa tempatan, mereka mengalami kerugian besar.
''Sepatutnya, sebelum merobohkan gerai-gerai itu, PBT mahupun kerajaan negeri perlu menyediakan tapak alternatif untuk para peniaga meneruskan operasi mereka atau sekurang-kurangnya berilah pampasan kerana mereka telah hampir setahun berniaga di sini.
''Sebaliknya apa yang berlaku menunjukkan kerajaan negeri hanya pandai memusnahkan, tetapi langsung tidak mempunyai perancangan membantu golongan peniaga mengembangkan perniagaan mereka," katanya.

No comments:

Post a Comment