Friday, April 27, 2012

harga tak kan turun punya...

ARKIB : 24/04/2012

Cakap memanglah mudah

SAYA tidak yakin dengan janji Ketua Pembangkang bahawa jika beliau berkuasa dalam tempoh 24 jam harga minyak akan diturunkan.
Seingat saya masa beliau menjadi Menteri Kewangan iaitu sewaktu harga minyak di paras sederhana, beliau tidak pernah menurunkan harga minyak cuma mengawal kenaikan 5 sen, 10 sen dan seumpamanya. Kini setelah hampir 15 tahun meninggalkan jawatan itu, Anwar berjanji akan turunkan harga minyak sedangkan senario kini jauh mendesak. Ekonomi semakin kalut tidak seperti masa 15 tahun dulu.
Lagipun harga minyak global berlipat kali ganda berbanding masa beliau menjadi Menteri Kewangan. Itu sebab saya tak yakin dengan janji tersebut kerana pakar-pakar kewangan tersohor dunia yang lebih hebat dari Ketua Pembangkang pun tak dapat turunkan harga minyak global. Mana mungkin beliau berupaya.
Saya juga bimbang harga minyak diturunkan dengan mengorbankan subsidi gula, tepung, minyak masak dan lain-lain.
Saya turut bimbang jika mereka menggunakan keuntungan Petronas untuk memberi lagi subsidi minyak, kerana ia boleh menyebabkan ekonomi Malaysia lumpuh.
Tutup sana, buka sini. Kambus sini, gali sana. Silap hari bulan, ekonomi Malaysia akan jadi lebih celaru. Tabik kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana ternyata setakat ini tiada siapa dapat menandingi kehebatan beliau mengurus kewangan Malaysia, menongkah arus dan melawan badai.

No comments:

Post a Comment