Wednesday, April 4, 2012

adam buat kecoh

Polis siasat dakwaan Adam Adli ditumbuk

3 April 2012
Adam Adli Abdul Halim
KUALA LUMPUR - Polis akan menyiasat dakwaan aktivis pelajar, Adam Adli Abd Halim, kononnya dia ditumbuk oleh orang tidak dikenali semasa rundingan antara beberapa penghuni pangsapuri PKNS Kampung Kerinchi dan Pihak Berkuasa Tempatan di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Aida Abdul Hamid, berkata Adam Adli membuat laporan di Balai Polis Jalan Pantai Baharu dan polis sedang menyiasat punca kejadian.

"Kita telah tempatkan kira-kira 40 anggota polis di situ bagi mengawal keadaan dan saya dilaporkan perbincangan itu berlangsung dengan aman," katanya.

Adam Adli dilaporkan menyertai rundingan antara penduduk di pangsapuri itu bagi mempertahankan rumah mereka daripada dirobohkan oleh PBT. – Bernama

Penduduk kejar siswa didakwa cetus kecoh

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Tindakan sekumpulan mahasiswa yang cuba mengganggu rundingan secara aman 34 penduduk flat PKNS, Kampung Kerinchi bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang enggan mengosongkan rumah masing-masing untuk pembangunan kawasan itu menyebabkan sebahagian penduduk marah dan mengejar serta memaki-hamun kumpulan terbabit.

Kejadian berlaku jam 10.30 pagi semalam, selepas sebahagian daripada 433 penduduk yang bersetuju mengosongkan rumah mereka mula berang dipercayai kerana kumpulan terbabit cuba menghasut segelintir penduduk lain supaya tidak berpindah.


Difahamkan, penuntut yang cuba mencetuskan suasana kekecohan itu diketuai pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris, (UPSI) Adam Adli, 22, yang digantung tiga semester selepas menurunkan bendera gambar Presiden Umno di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra, 17 Disember lalu, selain disertai beberapa rakannya.

Selain Adam, turut berada di lokasi itu ialah penuntut Universiti Malaya (UM), Safwan Anang yang sebelum ini mendakwa dipukul polis ketika terbabit demonstrasi haram di hadapan UPSI pada malam Tahun Baru lalu.


Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abdul Hamid berkata, kekecohan bermula apabila kumpulan mahasiswa terbabit berada di tingkat tiga sebuah flat yang akan dirobohkan dan menyebabkan beberapa individu lain marah sambil menjerit mengarahkan mereka turun serta tidak mencampuri urusan pengosongan bangunan itu.


“Berlaku sedikit kekecohan ketika proses pengosongan, namun keadaan dikawal sebelum polis membawa keluar beberapa individu yang hampir dipukul penduduk selepas datang secara tiba-tiba dan naik ke sebuah flat berkenaan. “Kami turut menerima laporan Adam Adli yang mendakwa dipukul dan dikejar beberapa penghuni yang dipercayai berang dengan tindakan penuntut terbabit campur tangan urusan pengosongan flat berkenaan,” katanya ketika ditemui, semalam.


‘Jangan tangguh lagi’

Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUMPUL...sebahagian daripada 433 pemilik rumah pangsa Kampung Kerinchi yang mengadakan perhimpunan aman, semalam.
KUMPUL...sebahagian daripada 433 pemilik rumah pangsa Kampung Kerinchi yang mengadakan perhimpunan aman, semalam.
KUALA LUMPUR: “Jangan bertangguh lagi, kami sudah penat menunggu. Kalau semua berpindah, projek pembangunan boleh dijalankan dan kami semua dapat menduduki rumah baru dengan cepat,” kata Ahmad Rahman, Pengerusi Rumah Pangsa Kampung Kerinchi.
Luahan itu disuarakan mewakili 433 pemilik rumah pangsa berkenaan yang kecewa dengan keengganan 34 penghuni lain keluar dari rumah mereka biarpun notis mengenainya dikeluarkan pihak berkuasa selepas tertangguh sejak hampir dua tahun lalu.

Katanya, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku kerana pemaju menyediakan pampasan kepada pemilik rumah yang dibangunkan pada 1970 itu selain mereka ditawarkan tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sementara menanti projek siap.
“Kami tidak tahu apa lagi yang mereka mahu kerana semuanya disediakan. Sudah beberapa kali projek di sini tidak dapat dibangunkan kerana masalah ini dan kali ini, kami harap mereka bekerjasama.

“Pemaju juga komited menanggung kos perpindahan ke rumah transit sebanyak RM5,000 selain memasuki pangsapuri baru sebanyak RM8,000, ia satu tawaran yang berbaloi, jadi apa nak ditunggu lagi,” katanya selepas mengadakan perhimpunan aman di sini, semalam.

Ahmad berkata, bukan itu saja, pemaju turut menyatakan kesediaan mereka membeli semula unit kediaman yang enggan diduduki dengan harga RM143,000 dan membayar deposit untuk bekalan elektrik dan air sepanjang mereka tinggal di rumah transit PPR. Menurutnya, keengganan baki pemilik untuk berpindah dari kawasan itu menyebabkan penduduk yang bersetuju dengan rancangan pembangunan yang dibawa kerajaan terpaksa menunggu lebih lama, malah ada antara mereka sudah meninggal dunia tanpa sempat menduduki rumah baru.

“Ini yang kami kesalkan. Justeru, saya minta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas untuk memindahkan mereka kerana notis sudah dikeluarkan, malah mahkamah juga menetapkan kadar pampasan yang layak diterima,” katanya.

No comments:

Post a Comment