Wednesday, April 4, 2012

ptptn dri antipkr

Sunday, April 1, 2012

SERVANT OF GOD BASUH PASAL PTPTN.

Wahai rakyat Malaysia, cuba lihat dalam cermin. Bukan insan dalam cermin itu saja yang mahu hidup di dunia ni.

PTPTN ni dibuat sebagai pinjaman supaya boleh wujud satu kitaran.

Kitaran ni mudah. Bila ada orang yang layak nak melanjutkan pelajaran di universiti, dia akan dapat pinjaman. Dah dapat pinjaman, belajar sampai dapat kelulusan yang membolehkan dia cari makan, lepas tu bayar laa hutang PTPTN.

Kalau tak bayar hutang, generasi selepas tuh nak belajar macam mana? Kerajaan nak bayar semua ke? Kerajaan nak tanggung semua yuran pengajian universiti, tak kira peminjam belajar di universiti awam atau swasta? Betul?


Cuba lihat laa. Andaikata yuran pengajian untuk setahun ialah RM15,000 (ini sangat rendah, nilai hanya untuk contoh), dan setahun kerajaan perlu tanggung 50,000 orang (juga bilangan yang amat rendah, contoh saja), maka setahun kerajaan perlu bayar RM750 juta!


Tahun selepas itu kerajaan perlu bayaran RM750 juta + (kos untuk bilangan pertambahan pelajar). Setiap tahun kos akan naik, memang takkan turun. Titik RM10 bilion SETAHUN senang2 dicapai.


Dengan keuntungan Petronas sekalipun, sampai bila boleh berbelanja sebegini? Negara tak perlu belanja untuk benda lain kah? Kalau graduan2 yang dah dilatih dengan baik dan percuma tu lari ke luar negara untuk bekerja, camne?

Wahai rakyat Malaysia. Janganlah benarkan diri anda dikencing oleh anwar ibrahim. Dia punya cakap cukup manis, idea dia cukup gempak, tetapi sayang, hanya layak buat bahan gurauan di kedai kopi saja.


Tolak saja anwar ibrahim. Tolak penipuan. Tolak pakatan rakyat.
59 comments

No comments:

Post a Comment