Thursday, April 12, 2012

anwar yg luluskan ptptn

ARKIB : 11/04/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 5
Mansuh PTPTN sandiwara Anwar

Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 April - Kelantangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan bercadang memansuhkannya jika menjadi Perdana Menteri adalah sandiwara semata-mata.

Ini kerana, menurut pengendali blog RBF Online, hakikatnya Anwar merupakan individu yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PTPTN pada 1 Julai 1997.

Menurut blog tersebut, pada 1997, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengambil cuti dua bulan lebih dan melantik Anwar yang merupakan timbalannya sebagai Pemangku Perdana Menteri.

Blog berkenaan mendakwa, Anwar dilantik sebagai Pemangku Perdana Menteri bermula 9 Mei sehingga 26 Julai 1997 dan dalam tempoh tersebut, beliau mempunyai kuasa yang dimiliki oleh seorang Perdana Menteri.

Blog itu turut mengemukakan bukti 'kekuasaan' Anwar ketika tempoh tersebut sehingga mampu melantik Ketua Menteri Melaka yang baru menerusi keratan laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 23 Mei 1997.

"Tetapi apa kaitan Anwar dengan penubuhan PTPTN? Berdasarkan laman web rasmi PTPTN, perbadanan tersebut telah ditubuhkan di bawah Akta 566 yang mula berkuat kuasa 1 Julai 1997 dan beroperasi pada 1 November tahun sama.

"Jadi, siapa yang mempunyai kuasa untuk meluluskan penubuhan PTPTN ketika itu? Anwar yang mempunyai kuasa kerana beliau merupakan Pemangku Perdana Menteri. Anwar bersetuju dan membenarkan PTPTN ditubuhkan pada masa itu tetapi hari ini beliau kata, jika jadi Perdana Menteri, PTPTN akan dihapuskan," kata blog itu di http://www.rbfonline.net.

Anwar sebelum ini membuat pengumuman akan memansuhkan PTPTN sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang dan beliau menjadi Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, blog tersebut mendakwa, ketika itu, Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan bertanggungjawab memberi kebenaran kepada PTPTN mengeluarkan pinjaman.

"Dr. Mahathir juga kata Anwar mempunyai kuasa penuh untuk buat apa sahaja keputusan apabila dilantik sebagai pemangkunya ketika beliau bercuti.

"Sekiranya ketika itu Anwar berpendapat bahawa PTPTN ini kejam, zalim dan membebankan, beliau sepatutnya membatalkan penubuhan tabung pendidikan itu kerana segala kuasa berada di tangannya ketika itu," jelas blog itu lagi.

No comments:

Post a Comment