Monday, April 30, 2012

jaga stinggan

ARKIB : 27/04/2012

Tanah ada setinggan tak akan dibangun

MOHAMAD Hasan bergambar bersama sebahagian penduduk selepas hadir ke majlis penyampaian borang 5A bayaran premiun pemilikan tanah di Kampung Pasir Siliau, Rantau, semalam.
SEREMBAN 26 April - Kerajaan negeri tidak akan meluluskan sebarang pelan pembangunan kepada pemilik tanah yang di atasnya terdapat penempatan setinggan selagi ia tidak diselesaikan dengan pihak terbabit.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu, walaupun tanah tersebut telah diberikan kepada pemilik sebelum ini, tetapi dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri tidak akan membenarkannya berlaku.
''Ini dasar yang telah saya putuskan. Biarpun ia diberikan kepada individu, kita tidak akan meluluskan pelan pembangunan oleh pemaju atau pemiliknya selagi perihal kependudukan setinggan itu tidak diselesaikan dengan baik," tegasnya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian borang 5A bayaran premium pemilikan tanah di Kampung Pasir Siliau, Rantau, dekat sini hari ini.
Dalam majlis tersebut, seramai 260 orang menerima borang 5A iaitu 161 dari Kampung Pasir Tengah dan Pasir Siliau, 11 orang (Batu 12, Jalan Siliau), 61 orang (Kampung Sagga) dan 27 orang lagi dari Kampung Baru Linsum.
Tegas Mohamad, telah menjadi dasar BN tidak mahu melihat ada pihak yang tercicir dalam pembelaan, apatah lagi ia berkait rapat dengan hubungan kemanusiaan dan tempat tinggal.
''Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah bersetuju supaya lot-lot yang diberikan ini, diletakkan di atas status lot kampung dan premiumnya rendah. Jadi premium 10 sen sekaki persegi, tidak akan diperoleh mana-mana tempat di Rantau ini," ujarnya.
Kata Mohamad, bagi penduduk yang pernah membayar premium dengan kadar RM4 sekaki persegi, mereka diminta mengemukakan resit rasmi dan surat bertulis kepada kerajaan negeri sebelum wang berkenaan dapat dikembalikan.
''Apa yang dilakukan kerajaan negeri ini, tidak ada kena mengena dengan dakwaan pihak yang cemburu, kononnya ia gimik pilihan raya.
''Tuan puan tahu, saya buat kerja sejak awal saya menjadi wakil rakyat di Rantau ini. Pagi petang, siang malam dan isu-isu rakyat, semuanya saya urus dan selesaikan satu persatu. Apa yang tak ada di Rantau, semua ada," kata Mohamad.

No comments:

Post a Comment