Thursday, April 12, 2012

kucar kacirkan

ARKIB : 11/04/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 2
Pas pecah belah kuasa politik Melayu di Selangor - Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR 10 April - Pas diminta berhenti daripada terus memecah-belahkan orang Melayu di Selangor sekali gus menghancurkan Islam di negeri itu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, adalah mustahil bagi Pas untuk menandingi kepimpinan UMNO dalam mengurus tadbir kerajaan negeri dan memelihara keluhuran Islam di Selangor.

Beliau berkata, senario politik di Selangor berbeza dengan negeri di Kelantan dan Kedah.

''Malah di kedua-dua negeri itu pun Pas sudah menunjukkan kegagalan mereka dalam pentadbiran negeri. Inilah realiti dan hakikatnya.

"Oleh itu, kaum Melayu di Selangor hendaklah kembali bersatu supaya 'nasi tidak menjadi bubur' sekali gus menyebabkan anak cucu mereka menderita di masa akan datang," katanya.

Ibrahim berucap dalam satu ceramah perdana bertajuk Sejarah dan Perjuangan Bangsa Melayu anjuran Perkasa Daerah Klang di Dewan Orang Ramai Bukit Kapar, Klang dekat sini, semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Tertinggi Perkasa, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam; Pengerusi Perkasa Klang, Abu Bakar Yahya dan Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali.

Tambah Ibrahim, Islam turut melarang umatnya memilih mana-mana pemimpin berakhlak buruk.

"Pemimpin pembangkang telah melakukan pelbagai perkara yang merugikan kaum Melayu antaranya isu liwat, video seks, pluralisme dan menyokong keselamatan Israel," katanya.

No comments:

Post a Comment