Friday, April 27, 2012

jasa polis dikenang

ARKIB : 24/04/2012

Kerajaan tidak lupa jasa polis zaman darurat

Md. Isa Sabu menyampaikan cek sagu hati khas kepada seorang bekas anggota polis zaman darurat di Kangar, Perlis, semalam.
KANGAR 23 April - Pemberian sagu hati kepada bekas polis di zaman darurat menunjukkan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah melupakan jasa golongan itu yang mempertahankan negara daripada ancaman komunis.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, jasa golongan itu sukar dibalas memandangkan pengorbanan berdepan segala cabaran demi menjaga keamanan negara.
"Pemberian ini lebih merupakan sebagai penghargaan kerajaan terhadap jasa golongan ini yang sebenarnya jauh lebih besar daripada sagu hati yang diberikan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Cek Sumbangan Sagu Hati Khas - Bekas Polis Pada Zaman Darurat dari Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP 6A) di Dewan Bankuet, Mes Pegawai Kanan Polis, Jalan Raja Muda, di sini hari ini.
Pada majlis itu sebanyak 60 bekas anggota polis yang berkhidmat di zaman darurat dari 1948 hingga 1960 menerima wang sagu jati berjumlah RM3,000 setiap seorang.
Sehubungan itu, kata Md. Isa, rakyat di negara ini perlu terus mengekalkan kehidupan harmoni demi mengekalkan keamanan yang dikecapi selama ini.
"Tidak perlu kita menjadi pencetus kepada isu yang sengaja mahu memporak-perandakan keadaan semasa.
"Jangan jadi seperti pembangkang yang tidak pernah mengambil iktibar atas kesusahan yang dialami terutamanya ketika di zaman darurat," katanya.

No comments:

Post a Comment