Thursday, April 12, 2012

bina terowong

ARKIB : 11/04/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 4
DAP bina terowong bawah tanah di Balik Pulau?

BALIK PULAU 10 April - Nilai hartanah yang meningkat di kawasan ini serta perancangan pembinaan beberapa projek mega dipercayai menjadi punca sebuah syarikat hartanah swasta berminat untuk membeli tanah penduduk kampung di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (gambar) berkata, tawaran itu juga dipercayai ada kaitan dengan ura-ura bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang merancang untuk membina terowong bawah tanah dari Bayan Lepas ke Balik Pulau.

"Saya mendapat maklumat mengenai pembinaan terowong dan jika projek tersebut bermula, sudah pasti harga hartanah di sini akan meningkat dengan mendadak.

"Faktor inilah dipercayai menyebabkan syarikat hartanah berkenaan berminat untuk membeli tanah-tanah di sini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Mohd. Salleh Maamor.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad tentang usaha sebuah syarikat pemaju swasta yang sedang rancak memujuk penduduk di kawasan itu supaya menjual tanah milik mereka.

Lebih menimbulkan persoalan, tawaran berkenaan dibuat melalui surat yang dihantar secara terus kepada pemilik nama pada geran tanah.

Mengulas lanjut, Hilmi menjelaskan, pemilik tanah yang mendapat tawaran dinasihatkan tidak terburu-buru menjual tanah mereka.

Sementara itu, MR1M yang ditawarkan Restoran Peladang itu merupakan cawangan ke-120 di negeri ini dan kerajaan menyasarkan 200 kedai menyertai program tersebut menjelang hujung tahun ini.

No comments:

Post a Comment