Tuesday, April 24, 2012

demo dibayar

Mahasiswa ditaja latih demonstrasi disiasat


MOHAMED KHALED (kanan) bertanyakan sesuatu kepada Ghauth Jasmon (dua dari kanan) selepas merasmikan Kompleks Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UM di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan mendapatkan maklumat lanjut daripada timbalannya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berhubung pendedahan terdapat mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditaja bagi menjalani latihan demonstrasi di luar negara.
Mohamed Khaled berkata, oleh kerana pendedahan itu dibuat Mohd. Puad, beliau perlu bertanya dan mendapatkan gambaran lengkap pendedahan itu sebelum boleh memberikan kenyataan lanjut.
"Itu (pendedahan) saya tak cakap, orang lain yang cakap, nanti saya kena tanya dia (Mohd. Puad) untuk dapat maklumat lanjut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaya di universiti itu di sini semalam.

No comments:

Post a Comment