Sunday, April 15, 2012

imej lucah

ARKIB : 14/04/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 0
Siasat blog kaitkan Ketua Beliawanis dengan imej lucah

CYBERJAYA 13 April - Wanita MCA Selangor mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera menyiasat blog suarakeadilanmalaysia.wordpress.com yang mengaitkan Ketua Beliawanis parti itu, Tee Hooi Ling dengan imej lucah.

Ketuanya, Chew Lee Giok berkata, tindakan blog tersebut memfitnah Hooi Ling menggunakan seksualiti beliau untuk melobi sebagai calon pada pilihan raya akan datang amat tidak bertanggungjawab.

"Oleh itu, SKMM perlu mengambil tindakan segera termasuk memastikan gambar dan kandungan artikel tersebut dihapuskan daripada blog tersebut.

"Usaha juga perlu dilakukan untuk menghalang blog tersebut daripada terus menyiarkan kandungan yang memalukan itu kerana ia menjatuhkan imej dan maruah ahli politik muda ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menemani Hooi Ling membuat laporan berhubung fitnah tersebut di ibu pejabat SKMM, di sini hari ini.

Pada 10 April lepas, ahli politik muda MCA itu membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi berhubung isu tersebut.

Sementara itu, Hooi Ling berkata, penyiaran artikel dan imej lucah berkenaan telah menjatuhkan maruah beliau.

"Ini merupakan pengalaman pertama saya difitnah yang mengaitkan diri saya dengan imej lucah.

"Sebelum ini, perkara yang sama pernah dialami oleh ahli-ahli Beliawanis yang lain dan termasuklah juga beberapa pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri," katanya.

Beliau menambah, tindakan tidak bermoral itu ternyata mempunyai agenda politik tersendiri untuk menjatuhkan pemimpin parti komponen BN.

No comments:

Post a Comment