Tuesday, April 17, 2012

janji manis

ARKIB : 16/04/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 0
Janji manis pembangkang tidak jejas BN

KEPALA BATAS 15 April - Janji-janji manis yang ditaburkan oleh pembangkang bagi meraih undi dilihat tidak akan berjaya untuk membolehkan mereka untuk mengambil-alih pentadbiran negara daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, ini kerana tiga janji yang ditawarkan oleh pembangkang iaitu menghapuskan kutipan tol, gaji minimum RM4,000 sebulan dan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tidak masuk akal.

“Mereka boleh cakap apa yang mereka ingin cakap sebab tidak akan wujud satu keadaan mereka akan menunaikan janji mereka itu.

“Jadi, mereka cakap macam-macamlah yang tidak masuk akal yang melibatkan duit rakyat, duit kerajaan yang begitu banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvokesyen Kesembilan Kolej Komuniti Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di sini hari ini.

Nor Mohamed mengulas kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa negara akan muflis dalam tempoh dua tahun jika pembangkang memerintah dan menunaikan tiga perkara yang dijanjikan dalam siri kempen politik mereka sejak beberapa tahun lalu.

Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, BN yang sudah mentadbir selama 55 tahun sudah masak dengan cara-cara mengurus negara secara bijaksana.

“Manakala, parti pembangkang tiada sebarang pengalaman dari segi pentadbiran negara. Jadi, mereka tiada harapan untuk ambil alih Putrajaya,” katanya.

No comments:

Post a Comment