Jamalul Kiram Tidak Tahu Erti Perang Gerila - Tun Mahathir
Pada tahun 1990, ketika saya bertemu kali pertama dengan Nelson
Mandela selepas pembebasannya, perkara pertama yang beliau tanyakan
kepada saya adalah bagaimana Malaysia mengalahkan gerila (komunis).
Menurutnya beliau telah dilatih di Yugoslavia dan Libya, dan beliau
diberitahu bahawa gerila tidak boleh dikalahkan. Jadi bagaimana Malaysia
mengalahkan gerila? Saya menjelaskan bahawa dua perkara yang membantu
dalam mengalahkan gerila di Malaysia. Pertama ialah keputusan untuk
memindahkan semua penduduk yang tinggal
di pinggir hutan dan meletakkan mereka di kampung-kampung baru yang
dikawal. Kedua adalah kempen untuk memenangi hati dan minda rakyat.
Mungkin Jamalul Kiram tidak tahu apa-apa mengenai bagaimana Malaysia
menguruskan gerila. Seruan beliau untuk melaksanakan perang gerila di
Malaysia berdasarkan kejahilan. Ya, di Filipina, Moro menjalankan perang
gerila selama beberapa
dekad. Namun ia tidak menyebabkan mereka mencapai kemerdekaan.
Akhirnya,
MILF memutuskan untuk menerima pakai cara rundingan dan autonomi untuk
wilayah tersebut. Malaysia mengikuti perjuangan Moro sangat rapat dan
sedar bahawa
perang gerila boleh terjadi. Ia boleh menyebabkan Malaysia kurang stabil
dan selamat. Tetapi keadaan hari ini adalah memihak kepada Malaysia
untuk mengalahkan sebarang cubaan kepada perang gerila oleh Kiram dan
Suluk. Pertamanya hati dan minda rakyat sudah bersama kerajaan. Benar
terdapat beberapa pihak termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang yang
tidak dengan kerajaan tetapi mereka tidak mampu untuk mempengaruhi minda
dan hati majoriti rakyat. Kita tahu bagaimana mahu menempatkan semula
orang-orang yang terdedah
kepada keganasan atau dijadikan sandaran untuk menyokong penceroboh dan
kita mempunyai wang untuk melakukannya. Dan yang paling penting adalah
kita mempunyai pasukan keselamatan
untuk melawan sebarang tindakan gerila yang mungkin dipujuk dan
membahayakan nyawa mereka untuk perjuangan yang sia-sia. Askar dan polis
yang terlibat memerangi pengganas di Lahad Datu amat
terlatih dan dilengkapi dengan baik. Pasukan keselamatan Malaysia telah
mewarisi pengetahuan dan kemahiran dalam peperangan anti-gerila.
Semangat pasukan keselamatan Malaysia adalah sangat baik dan cubaan
untuk menakut-nakutkan mereka dengan merosakkan jasad rakan-rakan mereka
tidak berkesan. Ia bahkan menyebabkan pasukan keselamatan kita sangat
marah dan lebih bersemangat untuk mengalahkan musuh. Ia hampir menjadi
perang peribadi untuk mereka.
Rakyat Malaysia mesti berterima kasih kepada ‘anak-anak lelaki kita’
yang sanggup mati untuk negara. Ia bukan satu sandiwara. Ia adalah
benar. Kematian dan kecederaan sebenar. Jika kita merasa selamat dan
terjamin, jika kita merasa stabil dan bebas daripada ketakutan serangan
gerila tersebut ia adalah kerana askar dan polis bersedia untuk mati
mempertahankan kita. Jika mereka tiada, apa yang berlaku di Filipina boleh berlaku di sini
juga. Kami tidak akan tenteram untuk menjalani kehidupan harian tanpa
kepastian mengenai keselamatan kita. Keamanan dan kestabilan tidak berlaku begitu sahaja. Ada yang bekerja
untuknya. Mereka bergantung kepada kesedaran kita dan sikap tidak
mengambil mudah. Lihatlah sekeliling kita, lihatkan Timur Tengah atau
Asia Selatan atau Amerika Latin. Lihat juga masalah ekonomi dan kewangan
di Amerika dan Eropah. Kemudian melihat semula ke dalam negara kita. Saya fikir terdapat
banyak peluang untuk kita bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada
mereka yang menjamin keamanan dan kestabilan.-24/3/2013 -Chedet.cc
-terjemahan Agendadaily.
No comments:
Post a Comment