Saturday, March 16, 2013

pesta baling telur busuk

Ceramah BN, Pas tercemar
Wartawan Sinar Harian
13 Mac 2013
Ceramah BN, Pas tercemar
Wakil Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) turut memberi semangat dalam ceramah penerangan BN.
Ceramah BN, Pas tercemar
Anggota polis mengawal keadaan ceramah di kedua-dua lokasi ceramah BN dan Pas, malam kelmarin.
Ceramah BN, Pas tercemar
Telur tembelang yang dilontarkan ke arah peserta ceramah.
JEMPOL - Ceramah membabitkan Barisan Nasional (BN) dan Pas, malam kelmarin di Felcra Ayer Hitam, dekat sini kecoh apabila berlaku insiden baling-membaling termasuk melempar telur tembelang di antara dua pihak sebelum diarahkan berhenti oleh pihak polis.

Ceramah yang bermula kira-kira jam 9 malam dengan jarak lokasi sekitar 50 meter itu bagaimanapun dipercayai hanya sempat berlangsung tidak sampai dua jam sebelum berlaku ketegangan kira-kira 10.15 malam.

Ketika kejadian, Adun Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang ketika itu sedang menyampaikan ceramah dilempar telur tembelang yang mengenai tangan kanannya dan juga kepala peserta yang berada di sebelah.

Menurutnya, insiden sebegini tidak sepatutnya timbul berikutan masing-masing boleh mengadakan ceramah atau himpunan dalam keadaan aman.

"Saya bersedia untuk disoal siasat oleh pihak polis berkaitan insiden ini.

"Kita sudah beri nasihat kepada penyokong BN agar tidak bertindak di luar kawalan dan tiada penyokong BN yang tercedera," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Dun Sungai Lui, semalam.

Sementara Timbalan Pesuruhjaya Pas dua negeri, Abd Rahmah Ramli menyifatkan tindakan BN yang mengadakan ceramah di lokasi berhampiran sebagai mengganggu perjalanan ceramah anjuran Pas Kawasan Jelebu, dekat situ.

"Saya kecewa dengan insiden baling-membaling yang berlaku dan ceramah yang sepatutnya berjalan dengan baik terpaksa dihentikan," katanya.

Manakala Ketua PKR Jempol, Mohd Karip Mohd Salleh berkata, insiden ini tidak seharusnya berlaku susulan Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) yang kian menjelma kerana dikhuatiri akan berpanjangan.

Timbalan Yang Dipertua Pas Jelebu, Nor Anif Selamat pula mendakwa, tiga penyokong PR telah tercedera.

"Laporan polis sudah dibuat dan mereka yang tercedera mendapatkan rawatan di Hospital Jempol.

"Kami mahu pihak keselamatan membuat siasatan berhubung insiden ini," katanya.

Berikutan insiden ini, sebanyak empat laporan polis sudah dibuat oleh parti pembangkang setakat ini.

Ketua Polis daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 324 kanun keseksaan kerana melempar objek.

"Dalam insiden itu, kedua-dua ceramah dihentikan serta merta dan penyokong Pas diminta bersurai terlebih dahulu untuk mengelakkan kekecohan berterusan," katanya.

Difahamkan, ceramah anjuran Pas itu sepatutnya dihadiri oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua, bagaimanapun kelibatnya tidak kelihatan sehingga ceramah itu diarah dihentikan.

No comments:

Post a Comment