Tuesday, March 19, 2013

cari kembar seiras

ARKIB : 17/03/2013

Wajah seiras...

ORANG terdesak boleh melakukan apa sahaja apatah lagi bagi memulihkan imej menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Inilah yang sedang dilakukan oleh seorang tokoh pembangkang. Tak perlu Awang nyatakan identiti, terpulang kepada sesiapa sahaja untuk tafsir.
Terbaru, khabarnya tokoh berkenaan telah melancarkan gerakan secara senyap-senyap untuk mencari individu terutama di Thailand, yang seiras dengan wajah dan susuk badannya.
Jika pencarian itu berjaya, individu itu akan dipujuk untuk mengaku terlibat dalam satu perlakuan yang mencetuskan kegemparan di negara ini, tidak lama dulu.
Sudah tentu imbuhannya sangat lumayan.
Lalu si tokoh itu akan berdegar-degar menyatakan bahawa dia bersih dan seperti biasa - menjadi mangsa konspirasi.
Jika benar apa yang Awang dengar maka kita tunggulah perkembangannya nanti. Sama ada misi itu berjaya atau sebaliknya, tetap menarik untuk diperkatakan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130317/re_04/Wajah-seiras#ixzz2NvymgnfO
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment