Tuesday, March 19, 2013

kumpul rm 1 sebulan boleh tolong banyak orang

ARKIB : 15/03/2013

Penjawat awam beri RM1 sebulan

SAYA selaku kakitangan awam di Malaysia berasa cukup bertuah kerana berterima kasih kepada kepimpinan negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah memberi begitu banyak keistimewaan kepada kakitangan awam.
Sejak sekian lama kerajaan memberi perhatian serta tidak pernah mengabaikan kebajikan dan kepentingan kakitangan awam. Ada sahaja pihak kerajaan mengumumkan dan memberi buah tangan kepada 1.4 juta kakitangan awam sama ada semasa Pembentangan Bajet atau bila-bila sahaja.
Baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan tentang kenaikan satu tangga gaji untuk semua kakitangan awam dan sebagainya.
Di sini saya mencadangkan supaya pihak CUEPACS (Kongres Kesatuan-Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam) dapat menyarankan supaya setiap kakitangan awam dapat menyumbang RM1 sebulan. Saya rasa penjawat awam tidak akan rasa terbeban dengan sumbangan sekecil itu.
Dengan sumbangan dipotong terus daripada gaji bulanan kakitangan awam seramai 1.4 juta maka pihak CUEPACS dapat mengumpul dana sebanyak RM1.4 juta sebulan.
Dalam setahun, dana ini dapat dikumpul sebanyak RM16.86 juta.
Saya cadangkan CUEPACS menubuhkan sebuah yayasan untuk mengawal dana ini. Dana ini boleh digunakan untuk:
n Membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantu untuk mendapatkan rawatan yang memerlukan kos rawatan yang tinggi
n Membantu rakyat yang susah dan miskin
n Memberi sumbangan kepada wira-wira negara yang terkorban atau tercedera dalam mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara.
Dengan sumbangan sekecil dan tidak seberapa ini akan dapat meringankan beban banyak pihak. Bayangkan dengan jumlah sumbangan sebanyak RM1.4 juta sebulan, berapa ramai orang atau ahli masyarakat yang dapat kakitangan awam bantu.
Ini dapat mengurangkan beban rakyat yang amat memerlukan serta tidaklah nanti ada pihak yang merayu-rayu di media massa untuk memohon sumbangan bagi mendapatkan bantuan untuk perubatan dan sebagainya.
Dengan dana terkumpul ini banyak lagi sumbangan yang boleh difikirkan.
Ini adalah sebagai usaha murni yang kecil daripada pihak kakitangan awam untuk diberi semula kepada rakyat yang selama ini menyokong kecemerlangan khidmat awam di negara ini.
Setidak-tidaknya kita dapat membalas usaha murni kerajaan kepada kakitangan awam selama ini.
Diharapkan cadangan ini dapat diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan CUEPACS. Moga usaha semua kakitangan awan dinilai ibadah di sisi Allah S.W.T.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130315/fo_01/Penjawat-awam-beri-RM1-sebulan#ixzz2NvzMdgfD
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment