ARKIB : 13/03/2013
Biar apa pun yang diperkatakan, bagi saya 'Ops Daulat' yang dilancarkan serta usaha yang dilakukan oleh kerajaan adalah satu kejayaan. Bukan seperti pihak pembangkang yang hanya tahu menghentam tanpa memikirkan kesan serta akibat daripada perbuatan mereka.
Dalam hal ini solidariti adalah penting. Itulah sebabnya saya tertarik dengan kenyataan Najib yang membidas pihak pembangkang yang bukan sahaja tidak membantu kepada penyelesaian konflik ini, tetapi telah mengambil kesempatan mempolitikkan isu ini.
Menurut beliau, pembangkang sepatutnya mengambil contoh dengan keadaan di Amerika Syarikat. Jika berlaku krisis, pihak Republikan dan Demokrat akan bersama-sama mencari jalan penyelesaian yang memberikan faedah kepada rakyat dan negara, bukan menangguk di air yang keruh, walaupun mereka tidak sehaluan dari segi politik.
Kepimpinan Najib ternyata terserlah apabila beliau dengan tenang dapat menyelesaikan masalah ini. Najib tidak membiarkan tohmahan dan tuduhan daripada pihak pembangkang mengganggu pemikiran beliau dalam menghadapi saat saat genting ini. Najib dengan tegas menolak tawaran gencatan senjata pihak pengganas dan menyatakan Malaysia tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan dan kedaulatan negara.
Dalam hal ini, tahniah dan terima kasih juga kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid dengan tegas menolak kenyataan Jamalul Kiram lll yang mengisytiharkan perjuangannya terhadap bumi Malaysia sebagai satu jihad. "Itu istilah dia. Tapi jihad apa kalau menggunakan anak-anak buah menceroboh negara orang? Apa makna jihad kalau mereka mati dengan tidak ada penghormatan pun daripada pemimpin mereka?" Demikian kata Ahmad Zahid.
Ketegasan Hishammuddin juga dapat dilihat ketika beliau mengendalikan krisis ini. Saya tidak menyalahkan beliau meluahkan rasa marah terhadap mereka yang memperlekehkan usaha pihak keselamatan mengawal keamanan dan ketenteraman negara.
Hishammuddin ternyata begitu prihatin dengan pengorbanan dan perjuangan wira-wira negara yang sanggup berkorban demi mempertahankan negara.
Rakyat sedar dan menghargai usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam menjaga keamanan dan kedaulatan negara. Rakyat juga semakin yakin dengan segala usaha kerajaan untuk memberikan kesenangan hidup kepada mereka.
Dalam hal ini saya yakin kepercayaan rakyat terhadap kerajaan pimpinan Najib akan terus meningkat. Bahkan baru-baru ini, dalam satu majlis yang diadakan di Selangor, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga berasa yakin yang suasana politik sekarang adalah lebih baik bagi Barisan Nasional jika dibandingkan semasa Pilihan Raya Umum 2008.
Dr. Mahathir yang terkenal dengan kritikan tajamnya menegaskan bahawa pelbagai pendekatan baharu yang dijalankan oleh Najib semakin diterima rakyat. Lihat sahaja Pelan Transformasinya yang telah berjalan dengan lancar dan kini faedahnya dikongsi oleh semua rakyat Malaysia.
Mungkin apa yang diperkatakan oleh Dr. Mahathir ada benarnya. Jika kita imbau kembali senario 2008, kebanyakan undi yang diterima oleh pihak pembangkang adalah disebabkan oleh rasa kecewa dan tidak puas hati mereka yang menyokong kerajaan. Pembangkang mendapat undi protes dan ini membuatkan pihak pembangkang terus merasakan yang mereka adalah pilihan sebenar rakyat Malaysia.
Hakikatnya terlalu banyak usaha yang telah dilakukan oleh Najib untuk mengembalikan semula kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional. Saya yakin Najib telah melaksanakannya dengan baik dan kita akan dapat lihat kejayaan besar untuk Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130313/fo_01/Ops-Daulat-suatu-kejayaan#ixzz2NvzcmUkD
© Utusan Melayu (M) Bhd
'Ops Daulat' suatu kejayaan
INSIDEN pencerobohan oleh pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna telah menjadi isu hangat. Sebelum kita berbincang dengan lebih lanjut, marilah kita beramai-ramai memberi sedekah al-Fatihah kepada wira-wira kita yang gugur. Insya-Allah, keluarga mereka akan dijaga dan dipelihara oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang begitu prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga para pejuang negara ini.Biar apa pun yang diperkatakan, bagi saya 'Ops Daulat' yang dilancarkan serta usaha yang dilakukan oleh kerajaan adalah satu kejayaan. Bukan seperti pihak pembangkang yang hanya tahu menghentam tanpa memikirkan kesan serta akibat daripada perbuatan mereka.
Dalam hal ini solidariti adalah penting. Itulah sebabnya saya tertarik dengan kenyataan Najib yang membidas pihak pembangkang yang bukan sahaja tidak membantu kepada penyelesaian konflik ini, tetapi telah mengambil kesempatan mempolitikkan isu ini.
Menurut beliau, pembangkang sepatutnya mengambil contoh dengan keadaan di Amerika Syarikat. Jika berlaku krisis, pihak Republikan dan Demokrat akan bersama-sama mencari jalan penyelesaian yang memberikan faedah kepada rakyat dan negara, bukan menangguk di air yang keruh, walaupun mereka tidak sehaluan dari segi politik.
Kepimpinan Najib ternyata terserlah apabila beliau dengan tenang dapat menyelesaikan masalah ini. Najib tidak membiarkan tohmahan dan tuduhan daripada pihak pembangkang mengganggu pemikiran beliau dalam menghadapi saat saat genting ini. Najib dengan tegas menolak tawaran gencatan senjata pihak pengganas dan menyatakan Malaysia tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan dan kedaulatan negara.
Dalam hal ini, tahniah dan terima kasih juga kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid dengan tegas menolak kenyataan Jamalul Kiram lll yang mengisytiharkan perjuangannya terhadap bumi Malaysia sebagai satu jihad. "Itu istilah dia. Tapi jihad apa kalau menggunakan anak-anak buah menceroboh negara orang? Apa makna jihad kalau mereka mati dengan tidak ada penghormatan pun daripada pemimpin mereka?" Demikian kata Ahmad Zahid.
Ketegasan Hishammuddin juga dapat dilihat ketika beliau mengendalikan krisis ini. Saya tidak menyalahkan beliau meluahkan rasa marah terhadap mereka yang memperlekehkan usaha pihak keselamatan mengawal keamanan dan ketenteraman negara.
Hishammuddin ternyata begitu prihatin dengan pengorbanan dan perjuangan wira-wira negara yang sanggup berkorban demi mempertahankan negara.
Rakyat sedar dan menghargai usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam menjaga keamanan dan kedaulatan negara. Rakyat juga semakin yakin dengan segala usaha kerajaan untuk memberikan kesenangan hidup kepada mereka.
Dalam hal ini saya yakin kepercayaan rakyat terhadap kerajaan pimpinan Najib akan terus meningkat. Bahkan baru-baru ini, dalam satu majlis yang diadakan di Selangor, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga berasa yakin yang suasana politik sekarang adalah lebih baik bagi Barisan Nasional jika dibandingkan semasa Pilihan Raya Umum 2008.
Dr. Mahathir yang terkenal dengan kritikan tajamnya menegaskan bahawa pelbagai pendekatan baharu yang dijalankan oleh Najib semakin diterima rakyat. Lihat sahaja Pelan Transformasinya yang telah berjalan dengan lancar dan kini faedahnya dikongsi oleh semua rakyat Malaysia.
Mungkin apa yang diperkatakan oleh Dr. Mahathir ada benarnya. Jika kita imbau kembali senario 2008, kebanyakan undi yang diterima oleh pihak pembangkang adalah disebabkan oleh rasa kecewa dan tidak puas hati mereka yang menyokong kerajaan. Pembangkang mendapat undi protes dan ini membuatkan pihak pembangkang terus merasakan yang mereka adalah pilihan sebenar rakyat Malaysia.
Hakikatnya terlalu banyak usaha yang telah dilakukan oleh Najib untuk mengembalikan semula kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional. Saya yakin Najib telah melaksanakannya dengan baik dan kita akan dapat lihat kejayaan besar untuk Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130313/fo_01/Ops-Daulat-suatu-kejayaan#ixzz2NvzcmUkD
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment