Kalau
dengar cerita Anwar Ibrahim, sememangnya, dia seorang sahajalah yang
berani, yang pandai, yang hebat, yang bijaksana dan sebagainya. Namun
sehingga ke hari ini, yang terbukti, dia hanyalah seorang penipu dan
pelakon yang sangat hebat. Walaupun telah dilantik sebagai Penasihat
Ekonomi Selangor bergaji seringgit, Anwar Ibrahim hanya pandai
menggunakan kedudukannya itu untuk menyamun duit rakyat Selangor bagi
tujuan dia berfoya-foya di luar negara tanpa satu sen pun dikembalikan
kepada rakyat Selangor yang ternanti-nanti fungsi jawatan Penasihat
Ekonomi Selangor itu.
Pernahkah anda mendengar
langkah-langkah berani yang diambil oleh Anwar Ibrahim untuk
membuktikan bahawa dia adalah seorang pemegang tanggungjawab ekonomi
Malaysia selain daripada skandal memalukan apabila dia cuba menyerahkan
ekonomi dan sistem perbankan negara ini kepada IMF dan apabila
rancangannya tidak berjaya, dia menyalahkan Dr. Mahathir atas kejatuhan
ekonomi dan kewangan Malaysia, walaupun satu dunia tahu, kejatuhan
tersebut adalah disebabkan oleh serangan pasukan penyangak matawang,
George Soros.
Dan akhirnya terbukti
George Soros bekerjasama dengan Anwar Ibrahim, terutama menerusi bantuan
yang diberikan oleh George Soros kepada PKR dan NGO-NGO pro Anwar
Ibrahim untuk menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional selepas PRU12
menerusi demonstrasi dan kempen hasutan kebencian serta permusuhan
agama.
Tentu ramai yang ingin
tahu, mengapa Dr. Mahathir begitu dibenci oleh Barat dan Yahudi
sedangkan dia bukanlah seorang pejuang bersenjata atau pengebom berani
mati mahupun pemimpin yang kerap kali melaungkan jihad berdarah dan
menjanjikan syurga kepada para pendengar serta pemercaya mereka?
Berikut adalah secebis
daripada punca mengapa Dr. Mahathir dibenci oleh Kapitalis Barat
walaupun Dr. Mahathir tidak pernah membangga-banggakan dirinya dengan
tindakannya itu. Malah dia tidak menjadikan peristiwa-peristiwa tersebut
sebagai pembuktian jasanya kepada negara, walaupun tindakannya itu
memberikan anjakan besar kepada rakyat negara ini.
Agak malang kerana
jasa-jasa besarnya itu mulai dilupakan oleh generasi baru kerana
keasyikan mereka mendengar temberang Anwar Ibrahim dan konco-konconya.
Tahukah anda, orang yang
paling benci dengan Mahathir bin Mohamad dari kalangan pemimpin Barat
adalah Margaret Thatcher, bekas Perdana Menteri Britain yang telah
dimalukan oleh Dr. Mahathir selepas kebongkakan Wanita Besi itu
ditundukkan dengan cara yang sangat mudah.
Komuniti ekonomi dunia
masih ingat lagi dengan ‘SERANGAN SUBUH” atau ‘DAWNING RAID’ yang
berlaku pada 7 September 1981, beberapa bulan selepas Mahathir menjawat
jawatan selaku Perdana Menteri Malaysia. Mahathir telah mengatur satu
rancangan yang paling genius dan tidak disangka-sangka oleh kaum Barat
yang menyangkakan Melayu adalah satu kaum yang hebat berfikir dan
mengatur strategi.
Tanpa diketahui oleh
sesiapa pun, Mahathir telah mengutuskan empat orang anak Melayu,
antaranya ialah Tengku Razaleigh Hamzah dan Ghafar Baba.
Sebelum itu, pada April
1981, Mahathir telah melancarkan Amanah Saham Nasional di bawah
Permodalan Nasional Berhad. Dana daripada ASN dikatakan telah digunakan
sebagai modal untuk ‘DAWNING RAID’ itu. Dan menariknya, tindakan yang
diatur rapi oleh Dr. Mahathir, TIDAK DIKETAHUI LANGSUNG oleh Lim Kit
Siang yang merupakan Ketua Pembangkang Malaysia pada ketika itu.
Dr. Mahathir secara
peribadi telah mengarahkan agar kajian dilakukan secara terperinci ke
atas undang-undang pelaburan Britain. Mahathir sebelum itu, telah
melahirkan perasaan tidak puas hati apabila Britain masih lagi menguasai
lebih 200,000 ekar tanah di seluruh Malaysia menerusi tiga buah
syarikat perladangan utama, Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope
Plantations.
Perancangan yang teliti
selama setahun selepas percubaan pertama, gagal, membuahkan hasil yang
amat lumayan. PNB berjaya menguasai Guthrie Corporation PLC pada 8
September. Kerajaan yang mempunyai sebahagian saham dalam Sime Darby,
berjaya menguasai sepenuhnya syarikat tersebut menerusi pembelian
mengejut pada 7 September.
Tun Mahathir mendapat
bantuan teknikal yang baik daripada Gabenor Bank Negara pada waktu, Tun
Ismail Ali yang telah menerangkan tentang ‘SERANGAN SUBUH’ yang
mengejutkan komuniti ekonomi dunia itu. Beberapa pihak lain turut
menyumbang tenaga dan buah fikiran, termasuklah Rothchild Mercant Bank
yang merupakan penasihat PNB dan Sime Darby.
Diringkaskan cerita,
Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope berjaya kembali ke tangan anak
Malaysia menerusi pembelian senyap oleh Malaysia ke atas sahan British
di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari oleh sesiapa
pun.
Sekalipun sebahagian
daripada dana yang digunakan untuk tujuan tersebut datangnya daripada
PNB (ASN), namun pulangan yang sangat lumayan telah diperolehi iaitu
RM36 bilion. Jumlah aset ketiga-tiga syarikat perladangan British itu di
seluruh dunia, jauh mengatasi modal yang digunakan oleh Tun Dr.
Mahathir untuk tujuan pengambilalihan.
Banyak pihak yang
melihat, Guthrie telah berjaya diperolehi SECARA PERCUMA menerusi
kebijaksanaan dan kehebatan Mahathir merangka strategi.
Margaret Thatcher hanya
mengetahui kehilangan tiga buah syarikat perladangan itu, seminggu
kemudian. Tiada apa-apa lagi yang dapat dilakukan oleh Margaret Thatcher
yang kemudiannya menjadikan peristiwa tersebut sebagai dendam
peribadinya terhadap Dr. Mahathir dan Malaysia. Undang-undang pelaburan
baru telah digubal di Britain untuk mengekang sebarang cubaan mirip
‘SERANGAN SUBUH’. Pengajaran yang amat mahal telah diperolehi oleh bekas
Perdana Menteri Britain yang sebelum itu begitu bongkak menolak tawaran
Malaysia membeli aset-aset Guthrie di Malaysia, apabila tidak satu ekar
pun tanah yang tinggal milik ketiga-tiga syarikat tersebut di seluruh
dunia, berjaya dimiliki oleh Malaysia.
Pengambilalihan tersebut
dilakukan secara sah menurut undang-undang meskipun Britain membantah
keras. Akhbar-akhbar di seluru dunia pada masa itu menjadikan
pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk, ‘SERBUAN
MENYINGSING SUBUH’ dan ‘SERANGAN MALAYSIA KE ATAS KOTA LONDON’ yang
memperincikan kejayaan Dr. Mahathir dan Malaysia.
Kejayaan merampas semula
Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan
Mahathir mengambilalih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. Semuanya bermula pada 11
September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan
dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.
Carcosa Seri Negara
kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang
tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di
Malaysia.
Satu lagi kisah yang
wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika begitu berdendam
dengan Mahathir dan berusaha menjatuhkannya menerusi Anwar Ibrahim dan
parti-parti pembangkang Malaysia seperti DAP.
PETRONAS merupakan
antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan.
Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan
banyak mendapat projek di negara-negara Afrika berbanding
syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya merujuk
kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika
Syarikat.
Bagaimana boleh jadi begitu?
Tahun 1988, apabila
Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat,
khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri
carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai
modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi
TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga
bulan.
Atas helah Zionis dan
bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil
menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan
yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi
tujuan pengeluaran.
Tiada negara lain yang
berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah
memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh
negara-negara lain.
Namun, sekali lagi Dr.
Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya,
PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian.
Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan
minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.
Apabila kapal-kapal dari
Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di
perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah,
seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia
telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.
Walaupun CEO PETRONAS
mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun
Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran
diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah
dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.
Rupa-rupanya, Mahathir
mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika
Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan
Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke
China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek
minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab
memasang paip.
Apabila Amerika Syarikat
mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan
sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat
tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan
dengan China.
Selesai masalah dengan
sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat
perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa
hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk
syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas
bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan
membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit
jari.
PETRONAS hanya mengambil
15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan
kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut
diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS
bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah,
infrastruktur dan sebagainya.
Sebabnya, mudah… Tun Dr.
Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek
minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan
kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih
mudah.
Tawaran yang dibuat oleh
PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang
lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga
menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak
asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.
Kehebatan yang
ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan banyak pihak di
Barat terutama sekali yang berkepalakan Yahudi seperti George Soros,
menaruh dendam yang cukup besar. Dendam mereka cuba ditunaikan oleh
ANJING-ANJING KURAP seperti Anwar Ibrahim dan DAP yang diberikan
tanggungjawab menghancurkan negara dengan apa cara sekalipun,
termasuklah menyerang peribadi Tun Dr. Mahathir.
Sumber empayar_pemuda
No comments:
Post a Comment