Saturday, March 16, 2013

cikgu hina polis diberkas

ARKIB : 15/03/2013

Guru diberkas

KOTA BHARU 14 Mac - Polis telah menangkap seorang guru yang bertanggungjawab menghina pasukan keselamatan sebagai 'anjing' dan menganggap kematian mereka sebagai 'mati katak' dalam laman sosial Facebook miliknya, baru-baru ini.
Guru itu, Mohd. Lotfi Nor, 37, ditangkap ketika bersembunyi di kampungnya di Pasir Putih kira-kira pukul 7 malam ini.
Sementara itu, dalam satu sidang akhbar di sini hari ini, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung laporan polis yang dibuat sebelum ini mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan 1948.
"Siasatan segera akan dijalankan kerana tindakan lelaki itu yang dipercayai mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali, Pasir Puteh di sini bukan sahaja melampau tetapi boleh meracuni fikiran orang ramai.
"Kita akan siapkan kertas siasatan dan hantar kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk tindakan susulan.
"Kalau dia tidak waras tak kan dia pandai menulis mengeluarkan kata-kata sebegitu, pandai pula takut dan bersembunyi," katanya.
Pada 11 Mac lalu, Mohd. Lotfi melalui Facebook miliknya menulis Xleh komen doh fb polis.... hahahaha... kesian doggie...dah la mati katak...hahaha. kan betul polis tu anjing...hahaha...berubah terus posting hari nih...hahaha" dan "berapa ekor anjing dah mampus.
Laman sosial itu turut memuat naik gambar yang menghina pasukan keselamatan termasuk gambar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sebagai 'bapa anjing'.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130315/je_01/Guru-diberkas#ixzz2NdznorZL
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment