Saturday, March 16, 2013

10 tahun tak bayar

ARKIB : 13/03/2013

Dakwaan pembangkang palsu

TEMERLOH 12 Mac - Kerajaan negeri tidak akan mengusir penduduk Taman Sri Kemuning di sini, bagi membolehkan kawasan itu dimajukan sebagai kawasan perumahan baharu seperti mana didakwa pembangkang baru-baru ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, khabar angin yang disebarkan pembangkang itu tidak betul dan hanya bertujuan mencari publisiti murahan bagi meraih sokongan pengundi.
Menurut beliau, penduduk di taman berkenaan tidak perlu bimbang kerana kerajaan belum meluluskan sebarang projek perumahan baharu di kawasan berkenaan.
"Memang sikap pembangkang suka mengambil kesempatan dengan mendakwa mereka yang menyelesaikan masalah rakyat serta menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) zalim dan tidak bertanggungjawab," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengiringi Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meninjau kerja-kerja menaik taraf stadium Majlis Perbandaran Temerloh, di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin dan Ahli Parlimen Temerloh.
Menurut beliau, kerajaan mahu menyelesaikan masalah taman perumahan itu tetapi dalam masa sama wakil rakyat pembangkang mengambil kesempatan dengan menemui penduduk terbabit dan mendakwa mampu menyelesaikannya.
Sehubungan itu, beliau berharap penduduk tidak terpengaruh dengan fitnah parti pembangkang yang cuba berlagak hero bagi menyelesaikan masalah perumahan yang dialami penduduk taman tersebut.
"Tidak ada sebab untuk mengusir penduduk berkenaan yang telah menetap di kawasan itu lebih 25 tahun walaupun mereka tidak membayar sewa beli rumah kira-kira 10 tahun lalu," ujarnya.
Katanya, masalah taman perumahan itu agak rumit diselesaikan kerana kediaman tersebut dibina Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dan bukannya kerajaan negeri.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20130313/wp_01/Dakwaan-pembangkang-palsu#ixzz2Ne5Xf997
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment