ARKIB : 13/03/2013
ZAMBRY: Alhamdulillah, kalau ditanya saya okay. Bagaimanapun, saya tidak hanya berpegang kepada ukuran peribadi kerana tidak mahu dilihat seperti mengangkat bakul sendiri. Lagi pun membuat penilaian diri sendiri adalah tidak adil. Yang jelas, berdasarkan maklum balas daripada rakyat dan juga kajian-kajian yang dibuat, saya amat selesa dengan kedudukan pada hari ini.
Selesa daripada sudut apa?
Pertama kerana wujudnya kestabilan dan keamanan negeri dan seterusnya wujudnya keyakinan dalam kalangan rakyat.
Ia dapat dilihat daripada terjemahan keyakinan dalam bidang ekonomi dengan pelaburan berkembang, pembangunan berlaku pesat sehingga ada yang bercakap tentang soal jalan-jalan di Perak yang semakin sesak khususnya di Ipoh.
Malah pekan Ipoh lama yang dahulunya pukul 9 malam sudah mati, sekarang kembali ceria. Bukan hanya di Ipoh tetapi seluruh negeri Perak. Jadi berdasarkan kehidupan rakyat, pertumbuhan dan perkembangan ekonomi, saya rasa selesa.
Dalam membangunkan negeri, Datuk Seri sendiri berhadapan dengan pembangkang yang mengamalkan politik kebencian, fitnah berleluasa dan serangan peribadi menjadi-jadi. Bagaimana, menghadapinya?
Itu antara cabaran kita sejak 2009. Apa pun kita tidak berdiam diri tetapi turun memberi penjelasan dan paling penting mencabar dan mempersoalkan kesahihan dakwaan mereka yang saya sifatkan sebagai pembohongan bersiri.
Mereka tidak boleh berbohong sepanjang masa kerana rakyat juga akan membuka mata. Rakyat juga boleh memikirkan, sama ada apa yang mereka lakukan itu benar-benar berpandukan fakta atau tidak.
Kita kena berhadapan dengan mereka, tidak boleh selamanya selalu defensif, seolah-olah kita berada di kandang orang bersalah. Pendekatan kami ialah kita keluar daripada kandang itu dan bercerita kepada rakyat bahawa apa yang rakyat dengar adalah pembohongan.
Selain itu, pendekatan kita ialah perlu lebih sabar dan istiqamah kerana kita yakin, kita berjuang atas landasan kebenaran walaupun bermacam-macam fitnah yang diwujudkan.
Apa sebenarnya tujuan mereka?
Mereka mahu saya bermain di padang mereka apabila mewujudkan fitnah, nista dan maki hamun.
Mereka mahu saya bertindak balas dengan memaki balik mereka. Sebaliknya saya tidak bertindak sebegitu. Saya menggunakan senyum, santun saya kepada orang,
Saya turun padang menceritakan hal sebenar. Saya tidak turun ke masjid dan surau untuk maki hamun orang. Saya berada dalam masjid membawa mesej kasih sayang dan perpaduan. Di situ ia membawa kesedaran dan perbandingan. Dengan kata lain saya tidak bermain di padang mereka, menyebabkan mereka gundah.
Banyak penyokong mereka tidak mendapat cerita sebenar apabila hanya dengar ceramah, baca Harakah dan tidak baca akhbar-akhbar lain.
Sehingga hari ini pembohongan masih menjadi kiblat pembangkang di Perak, kenapa?
Saya sebenarnya tidak faham dan tertanya-tanya dan berfikir kenapa dan bagaimana mereka merendahkan diri sampai ke peringkat itu.
Namun kita tahu bahawa mungkin ada kalangan mereka yang terlalu taksub hinggakan sudah tak mampu melihat, membezakan kebatilan dan kebenaran.
Sehinggakan apa sahaja yang dikeluarkan daripada mulut mereka ini (kalangan pemimpin mereka) segala-galanya betul belaka. Inilah dilema yang bagi saya ia sedang menghadapi krisis minda yang sangat parah.
Mungkin itu strategi mengalih kelemahan mereka termasuk di kawasan yang mereka kuasai?
Mereka tahu khidmat mereka tidak baik tetapi disebabkan satu faktor yang ditanam iaitu politik kebencian, mereka berjaya mengalihkan kelemahan itu dan menganggap diri mereka adalah mangsa penganiayaan, diskriminasi dan kezaliman.
Ini yang berlaku dan ditambah doktrin atau pedagogi kebencian yang ditanam menyebabkan pengikut mereka sudah tidak dapat melihat kebaikan kerajaan.
Sebaliknya kerajaan dilihat dalam pedagogi yang sudah ditakulkan pemimpin mereka setiap hari, iaitu jahat, zalim, korup, diskriminasi dan sebagainya. Selalunya rakyat lebih mudah terpengaruh dengan cerita sebegini iaitu cerita sedih, penganiayaan, kezaliman.
Bagaimanapun selepas kita periksa dan tangkis balik, baru mereka sedar. Oh.. begini cerita sebenarnya.
Sebagai contoh, isu ancak, pemimpin pembangkang yang beria-ia menjaja isu itu tidak mengetahui apa itu ancak sebenarnya. Tetapi, dia berjaya menggambarkan kepada pengikutnya bahawa dia tahu segalanya sehingga sanggup bersumpah. Namun, ketika berhujah di Dewan Undangan Negeri, dia mengakui tidak tahu makna ancak.
Adakah rakyat sudah sedar permainan pembangkang ini?
Alhamdulillah, dengan pendekatan yang kita lakukan ramai yang telah sedar persepsi tidak betul yang dibentuk pembangkang.
Mereka sudah berjaya melihat kelaku (perangai) beberapa pemimpin yang tidak menggambarkan suara rakyat, tidak memahami rakyat.
Yang kedua, persepsi tidak betul berjaya diubah menerusi penjelasan. Kita turun padang jelaskan kepada golongan atas pagar. Saya sudah melihat dan merasai perubahan itu. Dahulu kita salam mereka (penyokong pembangkang) tidak mahu sambut salam. Sekarang mereka terima kita dan saya tahu siapa mereka ini.
Mampukah BN sediakan calon yang mampu menarik semua golongan?
Bercakap soal calon saya selalu melihat diri saya. Saya sudah cakap kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa saya terbuka. Kalau saya calon tidak boleh memberikan kemenangan maka gugurkan. Itu janji saya dan saya perlu berani.
Oleh itu jika saya sudah mengatakan begitu maka yang lain kena ikut. Kerana soal utama sekarang ialah perjuangan, soal nasib dan tentukan masa depan. Soal sama ada BN akan terus wujud, berkuasa ataupun sebaliknya. Ini bukan konteks peribadi, bukan soal saya nak kekal sebagai wakil rakyat dan menjadi Menteri Besar. Ini soal pengorbanan setiap daripada kita.
Kalau kita sudah tidak disukai rakyat, kenapa kita masih tunggu. Tidak bolehkah kita dengan rela hati berundur atas semangat dan cinta pada perjuangan ini.
Tidak adakah wakil rakyat sedia ada menyatakan hasrat berundur secara sukarela?
Ada. Beberapa hari ini ada yang datang nyatakan hasrat tidak bertanding. Jadi jangan anggap bahawa dalam kalangan wakil rakyat sekarang tidak bersedia untuk tidak bertanding. Mereka sebenarnya bersedia untuk tidak bertanding. Mungkin ada satu dua yang rasa mereka tetap nak bertanding.
Tidakkah ini akan menimbul masalah?
Saya yakin isu ini kita boleh kendalikan kerana ahli parti yang setia, dia tidak akan menggigit tangan pemimpin malah dia tidak akan bertindak mengkhianati parti dan perjuangan
Sejauh mana pemimpin BN memahami betapa penting Pilihan Raya Umum Ke-13?
Rahmat di Perak kerana kami pernah alami zaman menjadi pembangkang selama 11 bulan. Kita sedar dalam tempoh itu, bagaimana sukarnya kehidupan, tidak mampu melakukan apa-apa apabila tidak ada kerajaan.
Pengalaman ini dihayati majoriti wakil rakyat. Saya tidak boleh katakan dalam sistem politik begini semua akan bersetuju. Pasti ada tidak setuju dan kita tahu jumlahnya tidak banyak. Insya-Allah yang satu, dua individu ini kita boleh kendalikan sebaik mungkin.
Apakah kriteria calon bagi negeri Perak?
Seperti digagaskan Perdana Menteri, calon mesti boleh menang, disukai oleh rakyat dan bukannya disukai pemimpin. Yang pemimpin suka adalah kerana calon itu juga disukai rakyat. Dan calon itu boleh menang kena disukai.
Dalam masa sama, kita juga tidak lupa struktur parti kerana kita datang daripada piramid parti. Oleh kerana ghairah, masing-masing kata ini calon rakyat hingga kita lupa hierarki parti. Dalam konteks hierarki parti saya yakin ada kalangan yang baik boleh ketengah jadi calon.
Kedua kalau dah sampai peringkat tidak ada calon, seperti dinyata Perdana Menteri, maka kita lihat calon yang rakyat di kawasan itu senang dan sukai mereka.
Yang lain faktor mampu buat kerja. Zaman dah berbeza. Zaman letak songkok ataupun zaman pengaruh keluarga sudah berakhir.
Saya selalu ingatkan ahli-ahli parti zaman menjadi wakil rakyat satu keistimewaan sudah berakhir, kini menjadi wakil rakyat bukan lagi satu keistimewaan tetapi satu tanggungjawab yang besar.
Adakah BN berani mempertaruhkan calon muda?
Ya tidak dinafikan usia turut mempengaruhi patern atau trend pemilihan wakil rakyat kita. Dalam kita bercakap soal meletakkan orang muda, kita kena pastikan orang muda yang boleh diterima rakyat.
Jangan kita lupa dalam kita bercakap 34 peratus pengundi muda di Perak, ada 66 peratus pengundi bukan golongan muda.
Jadi kena seimbang, zaman sekarang kita kena kemukakan orang muda dan dalam masa sama jangan lupa golongan yang punyai pengalaman, yang disukai. Mereka mungkin tidak punyai latar belakang tinggi tetapi khidmat mereka ini sentiasa dihargai rakyat.
Harapan Datuk Seri?
Pertama kepada rakyat Perak saya mohon supaya terus sokong BN atas kesedaran kita bahawa suasana yang berlaku dalam pembangkang tidak memberikan kebaikan kepada kita.
Keduanya, kita sudah mendapat pengajaran besar dan dapat melihat ketidakmampuan mereka (pembangkang) mentadbir kerana banyak penentangan dan perebutan kuasa yang berlaku hingga tumbangnya kerajaan mereka yang bukan disebabkan oleh kita. Kerana dia punya pertarungan yang begitu hebat sekali hinggakan kerajaan mereka jatuh kerana apa, perebutan kuasa.
Ini pengalaman dan BN kita tahu bahawa dengan kepimpinan Perdana Menteri yang bersungguh sungguh, perdana menteri yang bersungguh-sungguh turun ke bawah untuk menyelesaikan masalah dan atas kesedaran itulah saya yakin bahawa rakyat akan bersama-sama membuka kesedaran mereka melihat dengan mata hati akan sebuah kerajaan yang baik berbanding dengan hanya sebuah kerajaan yang berjanji tetapi tiada apa.
Kepada BN pula, kita perlu bertindak sebagai ketumbukan yang kuat dan padu tidak boleh lagi berada dalam kepompong masing-masing.
Kerja perlu ditingkatkan dan memahami realiti semasa, operasi ataupun game yang sudah berubah. Ahli di semua peringkat komponen hendaklah bersedia dan juga mengubah cara dan pendekatan bekerja. Insya-Allah kita akan mencapai kemenangan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130313/re_01/Cerita-pembohongan-pembangkang#ixzz2NSju4uZH
© Utusan Melayu (M) Bhd
Cerita pembohongan pembangkang
INILAH kerja saya setiap malam bertemu
orang kadang kala sampai pukul 3 pagi. Itulah kata-kata yang
dilafazkan oleh Menteri Besar Perak, DATUK SERI DR. ZAMBRY ABD. KADIR
ketika kami tiba di kediamannya di Ipoh, Perak, baru-baru ini.
Letih dan penat, tidak pernah ada dalam kamus kehidupan Zambry sejak
Barisan Nasional (BN) kembali memerintah negeri itu pada Januari 2009,
selepas 11 bulan Perak dikuasai oleh pembangkang.
Dalam pertemuan dengan wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR, HAMDEN RAMLI dan ABDUL MUIN SAPIDIN, Menteri Besar Perak itu memberikan pandangan beliau berhubung situasi terbaru politik negeri itu.
UTUSAN: Bagaimana keadaan sosio-politik Perak hari ini?Dalam pertemuan dengan wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR, HAMDEN RAMLI dan ABDUL MUIN SAPIDIN, Menteri Besar Perak itu memberikan pandangan beliau berhubung situasi terbaru politik negeri itu.

No comments:
Post a Comment