Thursday, March 14, 2013

isu ld

ARKIB : 06/03/2013

Lahad Datu: Pengajaran bernilai

TINDAKAN pencerobohan Lahad Datu oleh tentera Kesultanan Sulu boleh dianggap sebagai bersifat jangka pendek.
Mereka mendakwa tanah Sabah milik mereka. Mereka hendak buat sesuka hati mereka di Sabah.
Hakikatnya rakyat Sabah sudah mempunyai kerajaan sendiri.
Sabah sudah mempunyai Dewan Undangan Negeri yang diketuai oleh Ketua Menteri manakala Yang Dipertua Negeri bertindak sebagai wakil Yang di-Pertuan Agong bagi memastikan kedaulatan Sabah.
Sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, puak yang mendakwa waris kesultananan Sulu yang tinggal di Filipina itu hendaklah berhenti bermain sentimen.
Ini kerana kebodohan nenek moyang mereka dahulu yang menggadaikan sendiri sebahagian tanah kepada Inggeris. Kenapa pula kini kerajaan Malaysia yang dipersalahkan? Salahkanlah pihak Inggeris. Kenapa mereka tidak berunding terus dengan Inggeris?
Saya amat sedih. Sikap sabar dan semangat bermusyawarah kerajaan Malaysia terhadap mereka nampaknya tidak dihargai.
Kerajaan Malaysia bukanlah zalim. Kita cuba mengikut cara dikehendaki Islam. Berunding. Sebab difahamkan mereka juga beragama Islam. Hukum menentang kerajaan yang baik, berdosa besar. Kalau mati disebabkan perbuatan itu, maka akan mati dalam kekufuran.
Bagi saya, tentu ada sesuatu yang menghasut mereka bertindak liar membunuh anggota komando kita.
Apakah selama ini mereka tidak melihat kebaikan kerajaan kita?
Saya berharap, kumpulan yang tidak tahu bersyukur itu ditumpaskan sepenuhnya. Penyeludupan senjata api dibanteras secukupnya.
Pada masa depan, tahap keselamatan Sabah perlu diberi perhatian serius seperti memastikan unsur kemasukan warga asing dihapuskan dan mempertingkatkan kawalan dan pertahanan di darat, laut dan udara supaya unsur asing tidak mudah menceroboh lagi dengan membawa senjata yang amat berbahaya.
Kepada keluarga anggota polis yang terkorban, saya ucapkan takziah. Mempertahankan negara itu adalah sebahagian daripada iman. Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah SWT.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130306/fo_01/Lahad-Datu-Pengajaran-bernilai#ixzz2NSmWbgnD
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment