ARKIB : 06/03/2013
Pihak-pihak NGO dan semua parti politik sama ada penyokong kerajaan atau sebaliknya hendaklah menghormati dan sebaik-baiknya jangan masuk campur apabila berlakunya perkara yang membabitkan keselamatan negara.
Hanya Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri yang berkaitan serta Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera sahaja yang boleh membuat komen.
Biarlah kerajaan yang menyelesaikannya tanpa gangguan daripada mana-mana pihak serta jika perlu segala komen dalam Facebook dan Twitter dan apa juga laman sesawang internet perlu disekat.
Tindakan perlu diambil bagi mereka yang ingkar dan menabur fitnah atau khabar angin. Bukan masanya untuk dipolitikkan perkara-perkara yang membabitkan soal keselamatan negara.
Hormatilah undang-undang dan pemimpin negara kita dan bukannya membuat sebarang spekulasi atau membahaskan secara terbuka walaupun tujuannya untuk membantu kerana ia boleh mendatangkan kesan negatif apabila pelbagai golongan dan rakyat membicarakan secara terbuka.
Saya yakin pemimpin kita dengan kekuatan anggota keselamatan negara mampu menjalankan tugas mereka dengan sempurna dan dapat menyelamatkan setiap inci tanah air kita ini daripada dicerobohi.
Bersemangat patriotik demi kedaulatan dan maruah negara yang tercinta ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130306/fo_02/Kawal-internet-ketika-keselamatan-negara-diganggu#ixzz2NSmIAQFi
© Utusan Melayu (M) Bhd
Kawal internet ketika keselamatan negara diganggu
ANCAMAN tentera Kesultanan Sulu yang menceroboh negara kita ketika ini sehingga mengorbankan beberapa orang anggota keselamatan negara adalah begitu serius dan jika tidak diatasi dengan segera boleh merebak lebih dahsyat lagi.Pihak-pihak NGO dan semua parti politik sama ada penyokong kerajaan atau sebaliknya hendaklah menghormati dan sebaik-baiknya jangan masuk campur apabila berlakunya perkara yang membabitkan keselamatan negara.
Hanya Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri yang berkaitan serta Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera sahaja yang boleh membuat komen.
Biarlah kerajaan yang menyelesaikannya tanpa gangguan daripada mana-mana pihak serta jika perlu segala komen dalam Facebook dan Twitter dan apa juga laman sesawang internet perlu disekat.
Tindakan perlu diambil bagi mereka yang ingkar dan menabur fitnah atau khabar angin. Bukan masanya untuk dipolitikkan perkara-perkara yang membabitkan soal keselamatan negara.
Hormatilah undang-undang dan pemimpin negara kita dan bukannya membuat sebarang spekulasi atau membahaskan secara terbuka walaupun tujuannya untuk membantu kerana ia boleh mendatangkan kesan negatif apabila pelbagai golongan dan rakyat membicarakan secara terbuka.
Saya yakin pemimpin kita dengan kekuatan anggota keselamatan negara mampu menjalankan tugas mereka dengan sempurna dan dapat menyelamatkan setiap inci tanah air kita ini daripada dicerobohi.
Bersemangat patriotik demi kedaulatan dan maruah negara yang tercinta ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130306/fo_02/Kawal-internet-ketika-keselamatan-negara-diganggu#ixzz2NSmIAQFi
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment