Kisah jeneral dan Lubang Buaya
BEGITU ramai peminat-peminat Tian Chua, pencetus filem drama 'Lahad Datu the movie' yang mendapat sambutan 'pecah panggung'.Begitu ramai yang teruja, membakar gambar, memijak-pijak gambar, perarakan dengan kain rentang di seluruh negara,
Sambutan luar biasa yang mencerca, mengherdik Tian Chua atas sikap biadap dan celupar menuduh kerajaan UMNO merancang pencerobohan Lahad Datu sebagai 'diversion' kepada permasalahan negara.
Kerajaan perlu buktikan pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari dari MNLF ada kaitan dengan pencerobohan 'Tentera Sultan Sulu'. Jika akhbar Filipina sendiri membocorkan cerita-cerita persengkokolan ini. Biarlah Tian Chua tersentak dari lena bahawa rupa- rupanya semua ini bukan sandiwara tetapi betul-betul berlaku di alam realiti.
Saya suka hendak membicarakan skrip drama lima orang jeneral yang terjebak dengan politik Anwar Ibrahim. Sekadar lima orang? Tetapi saya lihat berpuluh-puluh bekas jeneral yang hadir dalam pertemuan dengan Perdana Menteri. Mengkagumkan. Saya pasti jeneral-jeneral yang sedang berkhidmat dan segala anggotanya tentu bersama-sama dengan kerajaan yang ada pada hari ini.
'Lima jeneral lapuk' itu sudah ketinggalan zaman memilih pemimpin politik yang sudah 'outdated' dan 'expired'.
Bagaimana lima jeneral yang diasuh, diajar dengan disiplin dan doktrin ketenteraan boleh memilih seorang pemimpin yang didakwa terlibat dengan skandal-skandal sebagaimana yang dipaparkan di media dan sahabat-sahabat karibnya.
Pemimpin itu mempersoalkan pula 'command structure' ATM sedangkan struktur kuasa PKR sendiri kucar-kacir. Siapa yang berkuasa dalam partinya, Penasihat atau Presiden PKR? Tetapi itu yang berlaku dalam PKR.
Bagaimana lima jeneral ini boleh terpikat dan terpengaruh dengan Anwar Ibrahim?
Adakah mereka ini pernah bersama-sama dengan Anwar semasa Anwar menjadi TPM dahulu?
Mereka tentu mempunyai 'intelligence/perisikan' tetapi lima jeneral ini tidak cukup intelligent atau kebijaksanaan.
Jeneral yang bijak boleh berfikir secara strategik dan taktikal akan satu-satu situasi. Jeneral mungkin bekas professional soldiers tetapi bukan professional politicians. Dalam situasi sebegini akan kelihatan kebodohan jeneral-jeneral tersebut.
Apakah agaknya yang dijanjikan oleh PKR kepada lima jeneral itu? Kedudukan, pangkat, jawatan Menteri Pertahanan, bisnes dan sebagainya.
Jeneral-jeneral ini rupa-rupanya ada cita-cita politik dan ingin berkuasa. Alhamdulillah mereka menunjuk belang selepas bersara. Apalah akan terjadi jika jeneral-jeneral yang dahaga dan lapar kuasa ini masih berkhidmat dan membawa anak- anak buah mereka menentang kerajaan dengan cara rampasan kuasa?
Kita minta kerajaan berhati-hati dan selidik jika mereka membocorkan rahsia-rahsia kerajaan yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Gunakan OSA.
Ketika lawatan ke Indonesia, saya sempat melawat tugu peringatan tujuh jeneral TNI yang diculik, diseksa dan dibunuh dalam insiden Lubang Buaya ketika rampasan kuasa PKI.
Memang cukup menyayat hati, tetapi apa yang lebih penting ialah pelajaran yang perlu kita hayati daripada peristiwa Lubang Buaya ini.
Lima jeneral bersara ini sedarlah bahawa kedaulatan negara lebih penting dan utama daripada pentas-pentas politik yang belum menjanjikan apa-apa kepada anda semua.
Kepada semua rakyat, veteran dan bekas tentera anggaplah mereka 5 jeneral humpty dumpty. Kita semua masih ingat lagu kanak-kanak tentang humpty dumpty ini.
''Humpty Dumpty sat on a wall,
Humpty Dumpty had a great fall.
All the king's horses and all the king's men
Couldn't put Humpty together again''
Kalau dalam cerita rakyat Melayu bolehlah kita anggap anggota jeneral-jeneral ini sebagai ''Si Luncai terjun dengan labu-labunya... biarkan, biarkan.''
Veteran dan bekas tentera marah kepada jeneral-jeneral ini sebagaimana yang terpapar di media massa kebelakangan ini. Saya ingin sarankan kita tidak perlu doktrin tentera untuk serang balas jeneral-jeneral ini.
Apa kata kita guna doktrin awam iaitu PRU-13. Semua rakyat, tentera, veteran, bekas tentera, pengundi-pengundi jangan mengundi PR, PKR, DAP dan Pas. Kita biarkan luncai terjun dan humpty dumpty jatuh dari temboknya.
Kita tolak parti politik yang boleh menjahanamkan negara Malaysia.
No comments:
Post a Comment