ARKIB : 17/03/2013
MINGGUAN: Apa rancangan Tan Sri untuk membawa PBTM maju ke hadapan?
MOHD. ANWAR: PBTM merupakan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tertua dan mempunyai ahli paling banyak di Malaysia. Sejak ditubuhkan pada tahun 1922 oleh bekas tentera British di Malaya, kini PBTM yang berusia lebih 90 tahun telah mempunyai 14 bahagian di setiap negeri dan 238 cawangan di setiap daerah di Malaysia. Manakala jumlah keahlian adalah tidak kurang dari 145,000. Namun kini seiring dengan kehendak semasa PBTM juga perlu berubah untuk membawa persatuan dan ahli ke satu tahap yang lebih membanggakan. Kita sedang membuat satu pelan transformasi PBTM. Kita sedang mengkaji strategi atau teras serta hala tuju PBTM. Hala tuju kami kini telah menampakkan kesatuan. Kami sedang mengumpul semua isu-isu sejagat yang timbul sejak sekian lama serta isu-isu baru untuk disatukan dan kemudian diangkat ke peringkat tertinggi dalam satu nada dan semangat sebagai united force. Kami cuba untuk menjadikan ahli PBTM bersatu padu selain cuba rebranding persatuan ini supaya senantiasa relevan dalam konteks masa kini dan pada masa akan datang.
Sekarang ini telah wujud terlalu banyak persatuan melibatkan bekas tentera. Tidakkah ini dilihat agak mengelirukan dan mungkin PBTM sendiri boleh mengorak langkah bekerjasama dengan semua persatuan ini?
MOHD. ANWAR: Sekarang ini wujud 61 persatuan berkaitan bekas tentera di negara ini. Ia berlaku mungkin kerana timbul perasaan tidak yakin PBTM mampu menyelesaikan masalah atau isu-isu melibatkan mereka. Maka wujudlah pelbagai persatuan ini untuk membawa isu yang dirasakan boleh dimenangi mereka. Yang terbaru adalah Persatuan Veteran Tidak Berpencen. Namun ahlinya tidak ramai namun jumlah keseluruhan mungkin sekitar 100,000. Jika persatuan ini berjaya direalisasikan ini menjadikan persatuan itu kedua terbesar selepas PBTM. Antara yang diperjuangkan adalah apakah bentuk skim yang boleh diberikan kepada anggota yang tidak berpencen. Sebab itu kerajaan telah meluluskan pembayaran one off sebanyak RM1,000 kepada bekas anggota ini dan diharapkan mungkin balu juga boleh menerima sumbangan ini.
Kami juga merancang untuk mengadakan satu seminar dimana semua persatuan ini akan dikumpulkan supaya kita dapat membincangkan isu-isu penting dan sejagat melibatkan semua anggota veteran ATM di seluruh negara. Kami sedang mengumpul semua yang diperlukan dan kemungkinan seminar ini akan berlangsung sekitar bulan Julai depan atau lebih tepat lagi selepas 31 Julai sempena dengan Hari Pahlawan. Resolusi yang melibatkan semua isu berkaitan veteran ATM akan dikumpulkan selepas seminar itu dan digabungkan untuk dibawa ke peringkat atasan dalam satu nada dan suara menunjukkan kesatuan dan kerjasama yang erat. Itu adalah satu titik permulaan untuk mendekatkan semua veteran dalam usaha menjalin hubungan dan kerjasama rapat antara semua veteran.
Bagaimana Tan Sri melihat pengumuman gaji baru kakitangan kerajaan terutama yang melibatkan anggota keselamatan?
MOHD. ANWAR: Saya berada bersama Perdana Menteri ketika diumumkan skim gaji baru itu yang mana semua pangkat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan Perkhidmatan Awam Am berkuatkuasa 1 Januari lepas. Menerusi pengumuman itu, sebanyak 131,904 pegawai dan anggota dalam ATM bakal menikmati kenaikan gaji dan skim perkhidmatan yang baru. Ini adalah satu pendekatan yang terbaik oleh kerajaan kerana sebelum ini anggota tentera mempunyai kelebihan yang lebih tinggi daripada pegawai kerajaan lain berasaskan hal X Faktor, iaitu melibatkan soal keselamatan. Sepatutnya ATM diberi kemudahan dan elaun yang setimpal dengan X Faktor ini. Namun apabila semua ini disetarakan saya melihat ia sebagai satu pengiktirafan yang mana ia sudah tentu dinilai bersandarkan tugas dan tanggungjawab. Sudah tentu pengumuman ini dilakukan pada masa terbaik iaitu ketika keselamatan negara terancam berikutan peristiwa di Lahad Datu. Walaupun pangkat Kolonel menerima gred gaji baru sehingga gred 52, dari gred 48, namun saya berpandangan mereka yang berpangkat Brigedier Jeneral perlu diberi perhatian kerana kebanyakan mereka memegang jawatan Panglima Briged yang sama jawatan dengan Ketua Polis Negeri. Saya difahamkan mereka ini mungkin akan dinaikkan ke gred Jusa C. Mereka ini harus diiktiraf seiring dengan tugas dan tanggungjawab tinggi yang dipikul mereka. Namun saya tetap berpandangan bagi mereka yang menjalankan tugas dari sudut X Faktor yang melibatkan ancaman nyawa, mungkin mereka ini boleh mendapat ganjaran yang lebih bersesuaian dengan tanggungjawab yang dipikul.
Tan Sri merupakan bekas PAT dan kini menduduki jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Tidakkah pelantikan ini umpama satu harapan baru kepada veteran ATM khususnya?
MOHD. ANWAR: Saya melihat harapan ahli PBTM adalah sangat tinggi terutama melibatkan hala tuju PBTM sendiri selain soal masa depan ahli. Apa yang penting adalah memanfaatkan semua sinergi antara sesama ahli untuk dimanfaatkan bersama. Seperti mana yang kita semua maklum, LTAT kini berada di landasan yang kukuh dan mampu memberi pulangan dividen yang tinggi setiap tahun. Selain itu LTAT juga telah menunaikan tanggungjawab sosialnya kepada anggota apabila membina rumah-rumah yang jauh lebih murah dan mampu milik untuk kemudahan mereka.
Selain itu kami juga sedang dalam proses berbincang dengan kepimpinan di negeri-negeri untuk memohon beberapa bidang tanah untuk dibina rumah-rumah mampu milik kepada anggota dan veteran ATM mahupun anggota polis. Selain itu pihak kami juga sedang merangka usaha-usaha untuk membantu veteran-veteran yang masih belum bekerja setelah menamatkan perkhidmatan. Antara masalah utama yang dihadapi mereka walaupun sebelum bersara telah diberi kursus dan sebagainya namun tidak semua berjaya mendapat kerja yang bersesuaian. Namun kami memahami masalah ini dan akan cuba mengumpul maklumat serta pandangan tentang usaha yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini. Apa yang penting mereka ini perlu terus dibantu dan dihargai sesuai dengan pengorbanan dan jasa yang telah mereka korbankan untuk negara selama ini.
Bagaimana Tan Sri melihat perkembangan peristiwa di Lahad Datu ketika ini?
MOHD. ANWAR: Saya melihat pendekatan yang diambil mengikut maxim ketenteraan dan tepat mengikut suasana yang wujud di lapangan. Saya yakin kewibawaan Commander on the ground dalam melaksanakan arahan operasi ini. Tentang penggunaan peralatan canggih dalam misi kali ini ia tidak perlu dilihat sebagai penggunaan kekuatan berlebihan oleh pihak kita. Ini kerana paling mustahak adalah mesejnya sampai kepada pihak-pihak lain yang mungkin berkeinginan menghantar reinforcement. Kita sebenarnya telah menunjuk dan menampakkan kesungguhan tentang keupayaan tentera. Jikalau ada musuh yang cuba untuk menyerang lagi, kita telahpun bersedia. Malah bagi saya tidak timbul isu kita telah melanggar undang-undang antarabangsa seperti Konvensyen Geneva, Undang-Undang Ketenteraan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Law of Conflict dan sebagainya. Hakikatnya pihak pengganas yang melanggar undang-undang dan kita telah bertindak selaras dengan perundangan antarabangsa.
Apa tindakan yang perlu untuk memperkuatkan pengawasan di kawasan perairan Sabah bagi membendung peristiwa hitam ini berulang?
MOHD. ANWAR: Sudah tentu kita perlu memperketatkan keupayaan sistem pengawasan kita selain menggunakan pelbagai teknologi dan aset canggih untuk menghalang pencerobohan. Kita perlu memperkuatkan pengawasan terutama pada waktu malam. Namun yang paling penting kita tidak boleh membenarkan sesiapapun masuk ke perairan kita tanpa diperiksa termasuklah kapal nelayan dan sebagainya. Ini penting supaya kita tidak lagi mahu mereka fikir negara ini begitu mudah diceroboh dan diperlakukan sesuka hati. Kalau dilaksanakan dengan penuh teliti selain mempertingkatkan teknik perisikan dalam usaha mendapat maklumat, saya yakin masalah ini dapat dibendung. Yang penting kita perlu mempertingkatkan peranan mata dan telinga negara di kawasan terlibat. Masyarakat perlu turut sama menjalankan peranan dengan menjadi mata dan telinga negara untuk kesejahteraan semua. Ini membantu dalam usaha memberi respons dan tindakan cepat untuk membendung masalah pengganas sejak di peringkat awal.
Apa komen Tan Sri apabila terdapat beberapa pihak yang mengeji usaha dan pengorbanan pihak berkuasa selain mengeluarkan kenyataan seolah-olah mereka lebih mahir daripada pihak berkuasa?
MOHD. ANWAR: Pandangan pihak-pihak ini adalah lebih bersifat peribadi kerana pada keadaan sekarang adalah lebih baik kita memberi kepercayaan kepada komander dan anggotanya dalam menjalankan tugas mereka. Ini kerana keadaan yang berlaku membuatkan mereka melakukan respons yang sedemikian rupa berikutan mereka lebih memahami keadaan di lapangan. Saya sangat berharap apa sahaja pendapat dan kata-kata dari pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini perlu dihentikan kerana ia tidak memberi apa-apa kebaikan malah memburukkan keadaan. Namun bagi saya bagi mantan-mantan pegawai kanan ATM yang mengeluarkan kenyataan tentang isu di Lahad Datu ini mungkin kenyataan mereka ini boleh diambil untuk tujuan post mortem selepas ini. Ini mungkin boleh dilakukan dalam usaha untuk memperkukuhkan standart prosedur kita selain mampu menjadi kayu pengukur dalam cara kita bertindak pada operasi masa hadapan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130317/re_07/Mata-dan-telinga-negara#ixzz2NvyFk79o
© Utusan Melayu (M) Bhd
Mata dan telinga negara

No comments:
Post a Comment